Sampai Hatinya Hati



Pagi itu

Kebetulan melalui suatu laluan biasa ke pejabat

Rasanya berselisih dengan satu superbiker

Bertopi keledar full face, macam saya biasa tengok

Dijalanan, kita pasti akan bertembung dengan crowd yang sama

Jika sama timingnya..

Melalui satu laluan

nampak super biker tadi

singgah di gerai nasi lemak tepi jalan

dimaklumi, laluan tersebut sebelum Ramadhan memang agak meriah

tapi time Ramadhan hanya bukan muslim yang berniaga…

terdetik denai hati saya

rasanya ikut perawakan, superbiker tersebut macam Melayu Muslim!

ah!lagipun saya bukan nampak mukanya!

Kalau dia Muslim?

Sampainya hati….

Mungkin untuk bekalan anak sekolah

Tapi sudah hampir jam 9 pagi!

Mungkin dia ada keuzuran..

Ish..kalaulah dia….

Sampai hati hatinya kan…

Ahhh siapa pula saya untuk menghakimi situasi vague begitu?

Wahai hati..

Hati-hatilah!

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..