Rasullullah & Open Buffet

Kita tentu ingat

Bila orang tua-tua berpesan

Eh,,kenapa tak habiskan nasik tu?

Tak baik..

Rezeki tu

Berkat tu

Kalau anak kecil selalu diomokkan

Kesian nasik tu

Menangis dia nanti

Time study dulu-dulu

Kami berebut habiskan suapan terakhir

Kononnya akan dapat suami soleh!

Ini semua cerita tenang JANGAN MEMBAZIR

Rasulullah selalu menghargai makanan / rezeki

Kalau suka atau tidak, makanlah seadanya

Rasulullah pernah mengutip roti dilantai rumah baginda dan Saidatina Aisyah

Dibersihkan, dan dimasukkan ke dalam mulut baginda

SubhanAllah

Cuba kita tengok Open Buffet kita?

Makan sehabis baik!

Sedaya mungkin!

Boleh, tapi kenapa ada sisa dalam pinggan?

Dibuang?

Sedangkan itulah rezeki, itulah berkat.

Bukankah kita sendiri yang menyenduk sendiri kedalam pinggan kita?

Tapi tak pula larat nak habiskan…

What a Waste…

Belum lagi cerita tentang orang lain yang tak cukup makan..

Sedang kita bermewahan

Bersederhanalah dan janganlah membazir...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..