Maqlouba Simple Series


Ramai yang bertanya

Macam complicated je masak Maqlouba ni

Saya ada post resepi Maqlouba ala Enstek

Memang agak lecehlah bagi saya yang kurang rajin ni

Tapi memang berbaloi kalau buat jamuan untuk lebih 5 orang!

Kali ni kami masak maqlouba lagi

Untuk jamuan 25 orang Iftar baru-baru ni

Alhamdulillah, ,

Tapi di sini ada resepi Maqlouba yang simple punya

Kalau nak cuba boleh..

Sekali lagi saya bagitau, maqlouba ni maksudnya nasik terbalik

Maknanya lepas nasi ditanak, ia akan terus diterbalikkan dalam dulang!

It will be served up-side-down.

Bahan-bahan

2 pot beras ----dibasuh dan Toskan

1 labu Bunga kobis/sederhana---potong dan goreng garing

Bawang putih dan bawang besar------dimayang

500g daging/ayam---basuh dan toskan

1 ½ sdt rempah maqlouba (emel Rosfazila@gmail.com)

2 ½ pot air

Sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya

Panaskan minyak

Tumiskan bawang hingga wangi dan kekuningan

masukkan air

Masukkan rempah Maqlouba

Masukkan bunga kubis goreng

Masukkan daging/ayam

Masukkan beras

Kacau dan tanak hingga masak

Lepas masak, Maqlouba sudah sedia untuk diterbalikkan.

Boleh dihidang bersama salatoh (timun kiub+tomato kiub+daun pasley cincang+jus lemon+minyak zaiton+garam)

juga sosnya (cili besar+tomato+garam+jus lemon=blend)

selamat mencuba Maqlouba Simple Series ni…




Comments

  1. alaaa...sis fiza..sory sgt!!!! maera betul2 terlupa nak check email.kat inbox tu email spam byk gile sampai tak tercheck.huhuhu~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..