Le Blender De Ramadhan

kualiti gambar kamera hp..


Alahai…

Encik suami ada request nak makan juadah peberetnya, Hati Ayam Goreng Sambal Pedas..

Dan saya nak masak ayam untuk anak-anak. Tapi ayam goreng “upin Ipin” je yang jadi kegemaran mereka. Masak ayam yang pelik-pelik nanti tak makan pulak.

Nak jadi cerita, encik suami dah belikan bahan-bahannya.

Tunggu nak masak saja..

Lebih best, Our Chef sudi ke dapur harini (awas!en.suami saya pandai memasak orangnya..Cuma agak tidak rajin memasak selalu..bagi chance saya improve skill katanya).

So sekarang, u masak apa u nak makan, I masak apa yang I nak makan, dipersilakan kekandaku..heee

Seronok Ramadhan ni, boleh eratkan kasih sayang di dapur..

Respi Hati Ayam Goreng Sambal Pedas En. Raziff

Hati ayam digaul sedikt garam dan kunyit

Cili merah

Bawang putih, bawang merah dan bawang besar

Sedikit sos tiram

Minyak untuk menggoreng/menumis

Hati ayam digoreng dan diketepikan

Cili merah dipotong dan ditumbuk dengan lesung batu!

(pergh..ini yang mahal, kejap lagi tgk macam mana chef Rose buat pulak)

Bawang putih, merah dan besar juga ditumbuk dengan lesung batu

(mahal jugak aksi ini, siap dengan sound efek).

Bawangan tadi ditumis

Letakkan sos tiram, gaul mesra biarkan seketika

Masukkan gorengan hati tadi

Mesra-mesrakan, angkat dan hidang,

tadaaaa

Respi Ayam Goreng Upin Ipin le blender pn. Rose

Ayam dipotong dan dibersihkan

Gaulkan sedikit garam

Masukkan Halia, kunyit hidup, serai, bawang merah, putih dan besar dalam Blender dan blend saja!

(senang hidup!kalau encik suami kata guna lesung batu lagi best,, saya setuju, tapi guna blender pun memang caranya agak berbeza sikit lah tetapi rasanya hampir-hampir sama bukan..heee)

Lepas diblend halus, curahkan saja pada ayam tadi, gaul rata

Terus goreng (tanpa diperap, sebab ia lebih moist dan juicy gitu)

Angkat dan hidang, ini dia…

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..