Law Ka Na Bainana...

Roh Ramadhn kali ini kami pilih dengan memulakannya dengan melawat Pameran Pedang Rasulullah & Sahabat serta Replika Kediaman Baginda di Taman Seni Islam Shah Alam pada 30 Syaaban lalu.

anak-anak kami suntik dengan info ringkas tentang siapa Kekasih Allah itu.

Walau hanya replika, jiwa tersentuh tatkala meneliti warisan Baginda dalam bentuk Pedang, Capal, Tongkat dan Mukjizat Baginda, Al-Qur'anul Kareem!

Menitis air mata tatkala menjengah Replika Teratak Baginda, SubhanAllah!

Sungguh Aku Kasih akan insan mulia ini Ya Allah..

Anak-anak, moga kalian mengasihi Baginda dan meneladani Kekasih Allah ini!

Salawat dan Salam ke atas baginda dan sahabat seluruhnya.

Ya Rahmatan Lil 'Alamin


antara replika pedang dipamerkan
ketinggian mencecah 140 cm
sama tinggi saya dan pedang
beratnya maasyaAllah
macamana nak berperang?
di Bulan Ramadhan?
nak angkat pedang belum tentu
ayuh!berperanglah dengan nafsu kita dahulu!

Pedang sulung baginda SAW

Iman & shauqi di pameran

pedang sahabat

Replika Tongkat Nabi Musa Dan Tongkat Rasulullah SAW
tiba-tiba rindu sangat pada baginda SAW

Capal baginda SAW

Abah & Surayya

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..