Kuih Lopes Jujur...

Alhamdulillah…

BaarakAllahufik

Kenapa?

Tanya encik suami kehairanan

Sambil pejam mata..

Sedap sangat kuih lopes ni…

Ye ke?

Iye, cuba rasa sekeping lagi ni

Memang sedap kata encik suami

Lopes pulutnya padat

Confirm diikat berbentuk silinder dengan daun pisang

Diikat dan direbus

Dipotong dan sah!

hijau pulutnya adalah hijau pandan

dioles dengan parutan kelapa segar

Sira gulanya pekat

Dan memang ia sirap gula kabung!

Walau dibeli di Bazaar Ramadhan

Kualitinya bagus sekali

Moga Allah merahmati keikhlasan orang yang menyediakan kuih lopes ini

Untungnya orang Jujur ikhlas

Bukan sahaja dapat untung di dunia dengan hasil jualan

Malah dapat doa dan pahala buat bekalan akhirat

Hanya kerana menyediakan lopes yang sedap!

BaarakAllah!

Comments

  1. salam,
    bila tgk gambar kuih lopes ni mmg betul2 jujur. hehe
    selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya yg bakal tiba...

    ReplyDelete
  2. salam
    terima kasih, bila mkn kuih, kita dpt rasakan kejujuran pembuatnya kan3?
    salam lebaran Mr.EZ

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..