Kerabu Mangga Lama Menanti


Bertuah dan indahnya hidup

Ada seorang sahabat ni

Dahla susah-susah bawa mangga muda ke pejabat

(bukan sebab ada yang mengidam,

tapi dia memang species yang sangat baik hati)

pulak tu, siap hantar dan bagi resepi!

Moga Allah merahmati sahabat seperti ini, amin!

Mana dapat kawan macam tu kan?

Resepi kerabu mangga yang jadi favourite suaminya diperturunkan

Hampir agak lama menanti untuk direalisasikan resepi itu

Akhirnya jadilah jugak seperti resepi diberi

Terima kasih daun keladi

Kalau boleh bagilah lagi

Resepi Kerabu Mangga Lama Menanti

Mangga di parut (2cawan)

1 biji cili besar*

3 biji cili padi*

Sejemput bilis / udang kering*

Secubit belacan*

Garam dan gula*

Semua bahan (*) di kisar kering

Digaul dan mesrakan dengan mangga parut tadi..

Selesai

Mudah kan?

(oleh kerana tak sempat ambil gambar, kita pinjam kerabu Mykeuken.blogspot.com sebab rupanya persis)


Regards

roselangkawi 25 ramadhan 1432H

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..