Jumpa RM1000 dalam buah Kurma??



Tak online pulak pagi ni

Jika tidak, pasti kutahu apa punca semua in berlaku

Harini puasa macam selalu, tetapi kenapa ramai orang berpusu-pusu ke kedai runcit, seven eleven, petrol Pam, nak kata sibuk nak berbuka, baru 9 pagi!nasib baik Bazaar Ramadhan buka petang sikit, kalau tak, sure dah penuh dikerumuni orang.

Nah, tak jadi kerja aku pagi ni, nak kena menyiasat ni, kenapa ramai-ramai ke kedai pagi-pagi ni?mesti ada apa-apa.

hah, aku pun dah jadi busy body pagi ni, harap tak menggugat pahala puasaku yang tak seberapa ni..

Bertolak-tolak orang ramai dipintu kedai yang baru nak buka.

tapi Siap berbaris!wahhh sivik sungguh mereka Ramadhan kali ini ya?

Susah kedapatan situasi begini.

Supaya tidak dihimpit, kuperhatikan saja dari jauh apa yang cuba mereka cari..

Nak kata Mega Sale, kedai runcit biasa jer,,,tak der yang menarik pun..ish..ish..ish

Apa?mereka beli kurma?ish!pelik!

Ada apa dengan kurma pagi-pagi ni?

Sah!kat headline newspaper dah terbentang!

JUMPA RM1000 DALAM BUAH KURMA!

Kubaca lagi sekali, sebab headline kekadang cathy je lebih, ceritanya tak berapa. Entah-entah dia nak citakan yang kurma tu ada 1000 khasiat ker, 1000 sunnah ker, 1000 macam kegunaan ker, manalah tau, orang berita ni kadang-kadang suspen je lebih.

Tapi memang sah kali ni. Ada orang jumpa RM1000 dalam kurma yang dimakan.

Ini pelik. Getus hati kecilku sambil menahan diri dari dilanda banjiran manusia di kedai tu

Orang kaya mana pulak yang rajin nak bagi sedekah sebegitu rupa?

Suspen sungguh, kot yer pun, kenapa diletak RM1000 tu dalam kurma?bagi jelah direct..kan?

Eeem ni mesti nak bagi laku kurma ni….strategy…

Abang!kurma Yusoof Taiyoob Waseem satu!

Dah habis dik, kalau ada Kurma Yusoof Haslam atau Yusoof Chong pun skang ni, konfem habis dah dik!

Yang timbang kati pun dah SOLD OUT.

Tak de stok dah ni..

Pulang dengan kecewa…

Nampaknya, boleh harapkan jus kurma yang ada kat rumah jelah, tupun dah nak habis.

Ada peluang ke lagi jumpa RM1000 dalam jus?logik ke?

Adussss.macam nilah manusia.

Apa yang dikejar dia sendiri pun tak tahu. Yang tahu, materi, materi dan materi

Buatnya kurma tu tukar jadi emas baru nak cari!

Kalau takde 1000 dalam kurma tu pun, dah sedia tahu, pahala Sunnah dan khasiatnya bukan satu malah beribu-ribu. tak pula kita tanya siapa yang bagi?

Allah maha agung yang bagi.

Aaah, dalam Ramadhan yang Priceless ni, apa sangat RM1000 tu.

Banyak lagi untung tak nampak yang boleh dicari…

Carilah di mana-mana..mungkin di kedai runcit pun ada….

itu baru cerita untung makan kurma, belum lagi cerita untung ibadat-ibadat lain

jomlah kita serbu, berbaris cari untung di bulan Ramadhan ni..tak rugi

Ilham cipta dari post kegemaran saya di http://ustazshafiee.blogspot.com/2010/10/ada-apa-di-bawah-sejadah.html

Comments

  1. kurma kan byk khasiatnya.. =)

    btul ke nie sis nak bg hadiah? wah..excitednya.. =) nie email maera = evira85@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..