Destinasi Cinta Malam ini…



Ke mana kita malam ni?

Ikut saja, mana-mana asal pergi, ok jer..

Tidak seperti tahun lalu, Alhamdulillah tahun ini berpeluang untuk buat Le Tour De Tarawih

Encik suami plan untuk bawa kami sekeluarga berterawih dari masjid ke masjid setiap malam Ramadhan untuk mendapat Roh katanya..

Alhamdulillah..

Kenapa tidak tahun lepas?

Tahun lepas anak kecik la, baby lagi, kesian pulak, hak anak kecil untuk berada di rumah saya ikutkan

bertarawih di masjid berjemaah sangat manis jika dibanding solat sendirian di rumah

Sebenarnya risau juga bawa 2 puteri kecil ku ke masjid

Mereka ada banyak keperluan, nak minum, nak main, nak tidur

Sebelum berangkat pun kena attend lebih pada mereka, pakaikan baju yang sesuai dan macam-macam

Maklumlah, selang waktu berbuka dan Tarawih kan pendek, terkocoh-kocoh jugalah jadinya

Kadang bermasam muka saya dek kelecehan!

Alhamdulillah encik suami membantu, kalau tak, tak menang tangan saya nak handle, dan possible saja untuk cancel plan ke masjid.

Sampai juga, lepas beri sedikit taklimat pada 2 puteri tu, saya solat

Dah mula dapat kawan, berlari sana-sini

Ketawa tak usah cerita, sedang gembiralah katakan

Solat 2 rakaat dirasa sangat panjang

Aduh!khusuk jemaah yang saya risaukan

mengganggu jemaah nanti!tak khusyuk mereka!

Ahhh,budak-budaklah katakan, sabar ni…

Usai 2 rakaat, perasan ada mata yang merenung tajam pada ibu 2 puteri tu,,sayalah!

Macam membawa mesej : eh tak jaga ker anak awak yang berlari-lari tu????

Saya faham dingin pandangan itu..alahaiii

Ada juga ibu-ibu lain yang ada dilemma yang sama

Bayi menangis, kanak-kanak merengek, berlari, bercakap, melompat, menjerit..itulah roh mereka

Sedang ibu, bersemangat selesaikan Terawih walau 8 sahaja

Saya seakan faham…dan tunduk

Entah macamana pula bila kami berubah destinasi cinta malam seterusnya…..

Akan ku kejar destinasi-destinasi cinta kami, pasti!

Kelebihan Solat Tarawih (Malam pertama hingga ke sepuluh)

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya keb

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..