sometimes Less is More


walau mama hanya pandai buat cekodok pisang cumel
mama buat cekodok dengan penuh kasih sayang tau
pisang pun mama sendiri yang tanam dengan abah di belakang rumah kita
pulak tu, sesegar petikan dari ladang,
kita sama-sama dapat rasa manisnya berbudi dengan tanah
bukankah sedikit itu lebih besar ertinya?


jantung pisang mama manfaatkan masak lauk tengahari kita
masak goreng jantung pisang dengan bilis,,sedap

buah naga ni pun, kita tanam dibelang rumah
merah dan manis isinya bukan?
walaupun sepokok..less is more..

walau tak secanggih mana resepi ayam panggang mama
hanya lumur garam dan kunyit
kita mampu santap dengan enak sekali
yang penting
ada air tangannya..
ikhlasnya..
usahanya...





walau tak seberapa donut "small apple" mama
walau tak sementa topping coklatnya
bisa buat iman dan surayya makan samping berguling-guling!
ahhh indah nian!

biarlah sedikit, tapi berkat!

Comments

  1. Salam mama.. hu hu hu sedapnyer.. nak juga... mkn tang coklat yang tak tahan tu.. nak guling2 sama ngan iman n suraya he he he.. satu kepuasan hasil tangan sendiri..hebatnye mama ni... rajin...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..