Sindrom Cinderella








Kek kasut?

Ada ke patut?

Nak makan pun tak tergamak.

Tapi manusia punya kreativiti ni kadang-kadang sampai tahap melampau.

Sampai kek pun dibuat dengan imej yang bukan-bukan.

Agak-agakla…

Kek kasut ni gimik je ni, sebenarnya ada cerita berkaitan kasut.

Ada kaitan dengan Cinderalla jugakla.

Saya tak pasti samada orang lain pun ada sindrom Cinderella ni.

Cinderalla kan tercicir kasut pada majlis tari menari dan kesudahan ceritanya anda sendiri pun tahu kan…

Tapi saya mengalami sindorm Cinderella ni bukan sekali, bukan dua kali, tapi dah banyak kali terjadi!

Kisahnya bila masuk ke seat depan kereta / penumpang..

Dan tiba ke destinasi dan mahu keluar, tiba-tiba baru sedar yang kasut tinggal sebelah je!

Bermakna, sebelah kasut lagi dah tertinggal/tercicirlah

Peliknya saya memang langsung tak sedar!sehinggalah kehilangan itu sendiri disedari!

Pernah sekali encik suami berpatah balik untuk mengutip sebelah lagi kasut di tempat sebelum kami bertolak.

Pada banyak keadaan yang lain, situasi itu tidak belaku lagi dek jarak yang bukan calang-calang nak patah balik.

Jadi…apa semua ini?

Terlupa? Mengapa begitu sekali?

Pasti Allah ada hikmahnya.

Bayangkan jika kita manusia yang nasiya tansa ini tidak pernah lupa dan ingat semuanya!

Secara psikologikalnya, pasti gila dibuatnya. Overload of memory bukan?

Sebab tu sesetangah perkara kita terlupa.

Pesan seorang sahabat “ biar tak ingat dunia, tapi jangan lupa akhirat”….haaaaaa

Untuk sindrom Cinderella ini, saya berpandangan optimis walau pelik dan tak ada pun jawapan untuk menjawab persoalannya.

Pada kejadian terbaharu, ia terjadi dalam perjalanan kami dari Sepang ke Shah Alam-rumah mertua.

Ibu mertua akhirnya meminjamkan saya sandal kesayangannya dek takkan nak tengok menantu berkaki ayam! Manis bukan kehilangan dan keterlupaan itu? Boleh mengerat kasih sayang dan ukhwah.

lebih manis, baru-baru ini, encik suami menghadiahkan saya kasut baharu sekaligus menggantikan sandal saya yang tertinggal dengan pesanan:

“puan Rosfazila jagan tercicir kasut lagi yer….”

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..