Serawa Derian, Pulut Tanak!


Tuu dia aih..

Serawa Derian dengan pulut tanak!

Terangat punyalah! Kata orang kampung saya.

Masa kecik-kecik dulu, tak dan dah jadi serawa derian

Kena derian saja kawan dengan pulut tanak, boh ayaq garam, jadi!

La ni memang tak dapat dah la lagu tu.

Sebab pa? dah kembang tekak!

Agaknya masa kecik dulu dah overdose!

Tapi skali sakala teringin jugak mengimbau nostalgia lama.

Dulu-dulu tak kisah, sebab bonda yang dok masak!

Kita pulun makan saja!

Sahabat baik saya berhajat nak bagi rasa derian tembaga kampungnya

Syukur dan berterima kasih sangat atas pemberian dan ingatan itu

Walau sebijik, fuh..dek kerana ke “fresh” annnya (ada pulak perkataan ni, boleh ka?

Memang berbaloi-baloi membaukan keta kancilku dengan aromanya

Besaq deriannya. Isi kaler macam tembaga, sebijik!patutla namapun derian tembaga

Memang tak habis makan (sebab kebetulan tengah mabuk derian..banyak sangat makan sana-sini derian)

Adalah lebih dalam 6-7 ulas

Nak buat apa ya

Ok, bahan semua ada, kita buat serawa derian!

Ada beras pulut, tanak dalam rice cooker saja..

Serawa Derian Langkawi Style

2 cawan air + 2 keping gula Melaka ditenggek atas api hingga cair

1 peket santan segera/serbuk dimasukkan

Masukkan juga sehelai daun pandan simpul

Kacau + isi derian tadi + secubit garam

Kacau ….dah masak…

Boleh dihidangkan dengan pulut tanak kita

Macam tu la kita ni jugak

Bila di anugerahkan Ramadhan yang bakal tiba ni

Kenalah berterima kasih dan bersyukur selalu

Macam durian, selalu makan mentah

Kena juga ubah dan tambah jadikan serawa

Supaya bertambah kenikmatannya daripada kebiasaan

Macam ibadat jugaklah..

Kena ada penambahan, yang farhu dikemaskan, yang sunat ditambah

Keberkatan pula selalu dicari

Baru nikmat…tak gitu?

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..