Ramadhan Kareem:Survivor all stars


Suara-suara kedengaran bilamana satu Ramadhan berakhir..

Tidak puas rasanya beramal

Pendek rasanya Ramadhan sebulan

Rindunya pada Ramadhan…

Adakah ini Ramadhan terakhir?

Adakah akan bertemu lagi Ramadhan akan datang?

Nah!Ramadhan datang lagi

Tanam tebu dibibirkah kita pada Ramdhan lalu?

Konon tidak puas beramal..

Katanya pendek sangat masa sebulan

Kononya rindu..

Rasanya lagi ingin bertemu

Nah!Ramadhan datang lagi!

Bersediakah kita?

Ayuh!patrikan janjimu dulu

Kerana kitalah survivor

Yang telah survive!

Sehingga Ramadhan kali ini, yang datang lagi!

Jom!kitalah survivor yang akan menjadi bintang-bintang

Yang menerangi siang dan malam Ramadhan

Kerana Allah telah menjadikan kita survive sehingga Ramadhan ini

Kitalah survivor all stars

Yang bakal merebut redho Allah!

Bagi memastikan kita semua survive di sini dan di sana nanti!

Jom manfaatkan!

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..