Rama-rama Cantik Ikan keli Panjang


Teringat sewaktu kecil dulu ada nyanyikan petikan lagu ni, entah dari mana datangnya tidaklah saya pasti, tapi bunyinya macam ni…

rama-rama cantik,
ikan keli panjang,
Saloma cantik
P Ramlee sayang.

ketika itu, Saya mungkin tidak memahaminya secara mendalam namun mungkin mengenali siapa Saloma dan P Ramlee yang sememangnya pasangan yang sungguh romantis.

Baru-baru ini saya semacam mendalami falsafah nyanyian kecil ini…
ia adalah sebutan berima namun semacam membawa maksud tersirat

Rama-rama=Saloma=cantik=rama-rama makhluk yang cantik tapi amat fragile

Ikan keli=P Ramlee=sukakan kecantikan=ikan keli pula makluk yang unik, licik dan berkuasa!

Tidakkah ini suatu kebetulan atau satu perumpamaan yang superb!

sungguh metaforik tentang hubungan istimewa 2 makhluk tuhan yakni wanita dan lelaki.

Gembiranya kita meraikan pengantin baharu, sedih juga kita bila mendengar ada pula yang berpisah..

Ah!sungguh hubungan ini rapuh!kenapa???

Mutaakhirin ini, selalu pula kedengaran perihal perpisahan
Pedih nian!

Kononnya sudah jadi trend!perceraian itu trend?

Sudah tiada jodoh dan ketentuan?

Allah swt befirman : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (Al-Baqarah : 216)

Aduhai sang Suami…

Sabda Nabi bermaksud: "Allah tidak menjadi sesuatu yang halal, yang lebih dibenci oleh-Nya dari talak." Dan lagi: "Perbuatan halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talak." (Riwayat Abu Dawud)

Daripada Ibnu Umar r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap seorang dari kamu akan ditanya perihal kepimpinannya. Pemimpin adalah yang bertanggungjawab memimpin dan akan ditanya perihal yang dipimpin olehnya. Seorang lelaki adalah pemimpin dalam keluarganya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Seorang wanita adalah pemimpin dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Buruh adalah pemimpin dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Jadi setiap seorang dari engkau semua itu adalah pemimpin dan tentu akan ditanya perihal kepimpinannya. " (Hadis sahih Muttafaq 'alaih)

Saidina Umar RA turut mengalami masalah rumahtangga, bahkan rasulullah sebaik-baik manusia juga menghadapi masalah yang sama sekaligus menyedarkan saya "Mana ada manusia yang sempurna."

Diriwayatkan bahwa seorang pemuda datang ke rumah Umar bin Khatthab Radhiallahu 'anhu hendak mengadukan keburukan akhlak isterinya. Maka ida berdiri di depan pintu menunggu Umar keluar. Lalu dia mendengar isteri Umar bersuara lantang pada suaminya dan membantahnya sedangkan Umar diam tidak membalas ucapan isterinya. Pemuda itu lalu berbalik hendak pergi, sambil berkata : "Jika begini keadaan Umar dengan sifat keras dan tegasnya dan dia seorang amirul mukminin, maka bagaimana dengan keadaanku ?".

Umar keluar daripada rumahnya dan melihat ada orang beredar dari rumahnya lalu memanggil pemuda itu dan berkata : "Apa keperluanmu wahai pemuda ?" Dia menjawab : "Wahai Amirul Mukminin, pada mulanya aku datang hendak mengadukan keburukan akhlak isteriku dan sikapnya yang membantahku. Lalu aku mendengar isterimu berbuat demikian, maka aku pun kembali sambil berkata :"Jika demikian keadaan amirul mukminin bersama isterinya, maka bagaimana dengan keadaanku ?" maka Umar berkata : "Wahai saudaraku. Sesungguhnya aku bersabar atas sikapnya itu kerana hak-haknya padaku. Dia yang memasakkan makananku, yang membuatkan rotiku, yang mencucikan pakaianku, yang menyusui anak-anaku dan hatiku tenang dengannya dari perkara yang haram. Kerana itu aku bersabar atas sikapnya". Pemuda itu berkata : "Wahai Amirul Mukminin, demikian pula isteriku". Berkata Umar "Bersabarlah atas sikapnya wahai saudaraku ..." [Kitab Al-Kaba'ir oleh Dzahabi hal. 179]

Janganlah Melihat kepada Keburukkan Seseorang kerana tidak akan wujud Pengakhirannya tetapi lihatlah kepada Kebaikan yang akan membolehkan Kita menumpang dan menikmatinya.

Wahai Isteri…

Hadis ada menyebutkan : "Sekiranya mana-mana wanita meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab yang kukuh, maka terhalanglah dia daripada mencium haruman syurga." (Hadis riwayat Abu Daud)

Hendaklah kaum wanita bermuhasabah dan mengambil Al-quran dan As-sunnah sebagai panduan mereka bukanlah menurut hawa nafsu dan perasaan.

Kaum perempuan itu kerap sekali mensyirikkan Allah dengan nafsu dan perasaan mereka.Ini pernah disebutkan di dalam sebuah hadis yang menyebutkan : “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar, iaitu memohon ampun. Kerana, aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.

Seorang wanita yang cukup pintar antara mereka bertanya: Wahai Rasulullah, mengapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?

Rasulullah s.a.w. bersabda: Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal daripada golongan kamu.

Wanita itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?

Rasulullah s.a.w bersabda: Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mengerjakan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama.” (Hadis Sahih riwayat Muslim)

Rasulullah SAW semasa peristiwa Israk dan Mikraj, melihat ramai ahli neraka adalah daripada kalangan golongan wanita. Sahabat di kalangan wanita bertanya kenapa? Lalu Baginda SAW menjawab: “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita. Maka menangislah mereka (sahabat wanita) dan bertanya salah seorang daripada mereka: Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir? Baginda menjawab: Tidak. Mereka ini ialah wanita yang menggunakan lidah mereka menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” (Hadis riwayat Muslim)

Allah swt befirman : "(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib ,maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu." (Jin : 26)


“Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.”
(HR. Tirmidzi)


Hati manusia boleh berubah ibarat pantai.

Jangan membuang masa mencari Mr. Right atau Mrs Right sehingga mengabaikan tanggungjawab kita yang banyak. Masa kita terhad, maka perlu dipergunakan semaksima mungkin di dalam gerak kerja ibadah kita seharian.

Kita harus perlu sentiasa TEGUH di atas Perintah ALLAH SWT.

Aisya ra., berkata, “Nabi SAW sering berdoa dengan mengatakan, ‘Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku untuk selalu taat kepada-Mu.’(hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Abu Syaibah).

Teruskanlah bercinta keranaNya dan berserahlah kita kepadaNya..selalu dan selamanya

Wallahualam.

Olahan: http://ustaz.blogspot.com/

Comments

  1. salam perkenanalan :)
    Nice blog, nice entry :)
    Best dapat follow :)
    Kalau free jemputlah singgah ke blog saya :)
    Boleh bagi comment and Advice :)

    http://fahmiefiras.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. salam
    Alhamdulillah, saya sgt gembira dengan komen anda:)
    jemputlah bertandang selalu, ambillah mana yg bermanfaat :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..