Me, Myself and my 34th Birthday


Bila tiba hari lahir

Semua insan bergembira

Ucapan selamat hari lahir / selalu disebut hari jadi (?)

Kalau in English disebut Birthday meaning that it is hari lahir bukan hari jadi

Dalam Islam pun disebut hari lahir, tarikh di mana kita dilahirkan,

kalau hari jadi, pastinya itu hanyalah

Ilmu dan pengetahuan Allah semata-mata,,tiada siapa tahu hatta saat bila kita dijadikan.

Sambutan ulangtahun kelahiran biasanya dicelup tanggapan bahawa perlu ada kek,

Lilin mengikut umur, birthday party, guddie bag, belon, makan-makan dalam suasana penuh keriangan.

Bila anak-anak kecil, suka saya raikan seadanya, maklumlah, gembira sikecil ni lain sikit,jadi, adakan jamuan kecil kecilan buat syarat.

instead of mengharapkan hadiah-hadiah best,

Saya cuba biasakan anak-anak pula memberi hadiah, sediakan kek ke sekolah biar dikongsi bersama rakan.

Siapkan sedikit guddie bag, biarkan dia kongsi dengan kawan-kawan di sekolah.

Bila menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 34 tahun?

Rasanya sudah berbeza, tidak lagi eager nakkan kek dan expect hadiah setiap kali.

Apa yang dirasai hanyalah syukur dan doa moga usia ini diberkati.

Yang pasti, bonda ialah orang pertama yang wish.

terima kasih bonda kerana melahirkan, membesarkan dan mendidik. Moga Allah senantiasa merahmati hidup bonda.

Bila dinyanyikan “panjang umurnya serta mulia” dan diucapkan “moga panjang umur” sempena hari lahir

Bukanlah bererti umur kita akan ditambah lagi untuk kesekian tempoh, kerana umur adalah tertentu,

Tak dapat disambung, apa yang lebih penting adalah kaf bar ra kaf alif ta nun / keberkatan umur itu.

Kita isi dengan apa? Kalau dah 34 tahun,maksudnya dah separuh perjalanan hidup telah kita lalui..

Takutnya akan mati…moga Allah senantiasa memberkati hidup ku ini. Amin.

sahabat handai, rakan taulan, terima kasih atas ukhwah dan doa dikirimkan.

Moga cambahan barokah turut mengiringi kalian

Dan mohon terus mendoakan. Wassalam

Rose pada hari ulangtahun kelahiran yang ke 34 tahun pada 3 Julai.

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..