Kucuba Pejam Mata, Tapi Tak Terlena

Aduh…

Syahdu bunyinya bukan?

Tapi ini kisah benar!

Kisah benar hati saya akhir-akhir ini yang tidak keruan!

Bak kata orang, jika berat masalah kita, ia akan terbawa-bawa ke dalam tidur dan mimpi kita (betul la agaknya).

Masalah ini (jika boleh dipanggil ianya masalah) tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati.

Ininya adalah soal hati saya dan saya seorang saja (dan dengan Allah).

Tapi subject matter nya adalah berkaitan penjagaan hubungan hablun minannas.

Lepas ni, pasti kena ada follow up ni…

Ceritanya…I think I will speak in English..huh

At the moment I speak BAD about somebody..

Something BAD will happen to the them!

Speak bad ni tidaklah bermakna saya mengumpat (bukan nak tunjuk baik, tapi saya memang tak suka mengumpat)

Tapi adalah sikit ketidakpuasan hati yang mungkin saya acapkali zahirkan / keluhkan kepada insan-insan terdekat…(secara tertutuplah) iye mungkin secara sedar atau tidak sedar / leka.

Saya bukanlah tidak suka individu-individu yang saya tak puas hati ini, mungkin cara mereka dan isu-isu picisan yang saya sibukkan..(macamlah saya perfect sangat!)

Tapi yelah, manusia yang nasia tansa ini…mudah lupa!!

Mudahnya, ini adalah kali yang ke TIGA situasi ini terjadi dan saya baru SEDAR!

…aku selalu tak suka cara orang ini dan itu, tetiba mereka ditimpa masalah/musibah!

kesian pula…

bukan saya mengeluh supaya mereka berubah,

atau supaya mereka susah!

atau mereka dibalas kerana buat saya susah!bukan begitu!

Sebab mereka adalah insan-insan yang saya memang sayang..huu

Sudah jadi Siti Kelembaikah saya?

Atau mulut masinkah saya?

Tidak! saya tidak pernah mendoakan kecelakaan buat orang lain!

Tapi 3 situasi ini menjadikan saya SEDAR!

Yang sebenarnya percakapan saya itu adalah DOA!

JADI!saya tak mahu lagi berkata-kata buruk tentang sesiapa.

Bermohonlah Rose pada Allah agar dijauhkan daripada sangka buruk dan bersangka baiklah selalu!

Tenangkanlah jiwaku ya Allah.

Semoga musibah mereka dapat diselesaikan dan dijauhkan pada masa mendatang!

“Ya Allah, jadikanlah bagi mereka tanda yang akan membantu mereka mengerjakan apa yang mereka niatkan”

Amin Ya Rabb

Comments

  1. salam rose..
    jiwa yang besar ialah ia mampu menutup aib org lain dan disimpan dalam jiwanya yang besar tu tanpa sebarang keluh kesah..

    kita kena belajar agar tidak buat bising tentang sesuatu perkara...

    saya pun tgh belajar...
    smg mendapat rahmatNya..

    salam

    ReplyDelete
  2. salam ustaz
    makasih, iye betul!walau sudah jauh perjalanan hidup ini, namun ada perkara yang mungkin kita dah belajar tapi lupa dan perlu diingatkan kembali. mission possible:teruskan belajar dan jadilah insan berjiwa besar . amin ya Rabb

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..