Akhirnya Ku Temu Manis Cintamu...


Kemanisannya telah selalu diperkata
harumnya, lazatnya dan nikmatnya tidak terkata

alahai, ini perihal Markisa
sejenis buah tropika
yang manis, harum dan eksotik tidak terkata

kutemu produk lain sebelum buahmu
jusmu sungguh manis
segar nian
sesegar halwa rasa persis!

sungguh bagai dikata
ilmu dan pengalaman adalah diteroka
dan dijumpa (discovered)
sebab ianya memang dah sedia ada

sekian lama hidup
Markisa tidak perna dijumpa, dirasa
canggung sungguh
sedang lain sudah lama berjumpa

orang lain mungkin dah biasa
sedang saya persis first timer terpinga
berjumpa di warung buah tepian jalanan
diberi rasa macam kesian

sekali dirasa, sungguh pelik rasanya
teksturnya luar biasa
tergelak kecil tatkala mencuba

setengah kilo markisa dibeli
rupanya yang kemerahan manis sekali
bagai kegilaan nak rasa lagi
markisa lagi, lagi dan lagi!

wahhhhhh
bagaiman agaknya
manis tegukan cinta Ar-Rahman ya
yang manisnya selalu diperkata
jadi..
perlulah dicari manisnya
perlu diterokai di mana tempatnya

kalau dapat dibeli
perlu dibeli buat bekalan
supaya buat ubat kala kerinduan!

kalau dah rasa manisnya cinta Ar-Rahman
pasti takkan terlupa walau kejauhan
pasti dicari
lagi, lagi dan lagi buat pedoman!

alahai iman....

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..