tak relakan yang indah hilanglah sudah...


bila disini (kg. Gelam, kedawang, Langkawi)
masa seakan terhenti
seminggu semacam setahun
seminggu yang bermakna
makan masakan bonda
makan lagi dan lagi
anak berlarian tanpa tol
kerja pejabat semuanya pending
tiada panggilan urgent
hatta seumpamanya
sesekali sms masuk
melaporkan missed calls
semacam memberi laluan
kepada percutian ini

walimah telah selesai
terlebih kurang untuk teladan
bilakan masa akan begini lagi
saat di mana masa seakan terhenti
hidup seakan amat bererti
hidup tanpa gangguan
hiruk pikuk kehidupan

tapi saat ini pasti berlalu
jangan sampai kita ditipu waktu
omongan hidup indah sewaktu
pasti diduga laluan itu

yang indah pasti dikenang
yang pahit biarlah tinggalkan
yang paling penting
masa depan akan diteruskan..
kerana hidup adalah perjuangan....
cuma yang berlalu

Comments

  1. salam. setuju dgn rose. hidup perlu diteruskan.. yang manis akan sentiasa dikenang.. yang pahit dijadikan iktibar sepanjang zaman.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..