Namaku Israk Mikraj Imani



Teringat saat remaja dulu,kala menonton di kaca tv tentang cerita mat saleh bertajuk Quantum Leap.


Heronya digambarkan berupaya merentas masa sekelip mata dan hadir pada sesuatu situasi dengan fizikal (host) berlainan dan membawa misi menyelesaikan masalah ‘host” yang dipinjamkan. Sehinggalah masalah selesai dan dia “lompat” lagi ke suatu masa dan tempat yang lain.


Ketika itu terdetik dihati,


kalau cerita Quantum leap ni boleh dipercayai, mengapa ada yang masih meragui peristiwa perjalanan Nabi Dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Madinah??


Adakah kita menunggu zaman moden kononnya dan teknologi moden so called Sains Quantum baru kita nak percaya?


Ragukah kita pada Zat Allah lagi Maha Agung?


Tepuk dada, tanyalah iman!


29 Rejab adalah tarikh bersejarah merakamkan perjalanan ini.


Wajib kita imani Firman Allah:


سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّه هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Allah s.w.t. yang telah menciptakan langit dan bumi serta segala ‘nizam’ (sistem) bagi kedua-duanya.

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjid Al-Aqsa, yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.”

(Surah al-Israa’ 17: 1)

Memang benar, peristiwa Israk dan Mikraj ini benar-benar satu peristiwa yang begitu besar.

1- Besar kesannya kepada kehidupan peribadi Rasulullah s.a.w. Dalam baginda menghadapi Tahun Kesedihan dengan kewafatan Saiyidatina Khadijah r.ha dan seterusnya disusuli dengan lontaran kejam batu-batu oleh penduduk Taif, lalu Allah s.w.t. Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat telah menjemput Rasulullah s.a.w. melewati tujuh lapisan langit untuk hadir ke hadratNya.

2- Penghujung safar yang penuh dengan kebesaran ayat-ayat Allah Azza Wa Jalla ini, Allah s.w.t. telah mengurniakan solat fardhu lima waktu kepada umat ini.


Satu kurniaan yang memberikan impak yang besar kepada kepada kehidupan para Sahabat Rasulullah s.a.w. dan seterusnya umat ini hingga hari kiamat. Solat ini ialah mikraj untuk umat ini. Solat ini ialah pertemuan harian umat ini dengan Allah s.w.t. Saat yang mereka dapat sama-sama qiyam, rukuk dan sujud ke hadrat Allah s.w.t. dalam satu medan ihram yang dimulai dengan takbiratul-ihram dan di’tahallul’kan dengan ucapan salam. Inilah hadiah paling besar yang di bawa pulang oleh Rasulullah s.a.w melalui safar Israk dan Mikraj ini.

Ayat ini juga menyebut dengan jelas bahawa perjalanan Israk ini adalah daripada Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa. Kenapa Allah s.w.t. pilih safar penuh kemukjizatan dan kemuliaan ini adalah dari masjid ke masjid? Kenapa Allah s.w.t. tidak katakan sahaja daripada Makkah ke Baitul-Maqdis?

Dalam kitab tafsir at-Tahrir wat-Tanwir menyatakan penyebutan dua masjid yang mulia ini merupakan satu isyarat kepada hubungan tauhid dan syariat suci yang telah di bawa oleh Nabi Ibrahim a.s. Kaabah (Masjidil-Haram) adalah binaan yang pertama dibina sebagai rumah ibadah kepada Allah. Setelah Nabi Ibrahim a.s. menyempurnakan semula binaan Kaabah atas perintah Allah, baginda telah membina pula asas Masjidil-Aqsa empat puluh tahun selepas itu. Sekiranya hubungan ketauhidan dan syariat hanifiah ini disentuh, maka ia membawa sama ke dalam rangkulan kemuliaan ini Masjid Nabawi.

Fadilat ketiga-tiga masjid yang mulia ini telah disebutkan dengan jelas oleh Rasulullah s.a.w. Antaranya, apa yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.


“Janganlah kamu bermusafir (ke tempat tertentu kerana keutamaan tempat tersebut) kecuali untuk pergi ke tiga masjid: Masjidil-Haram, masjidku ini (Masjid Nabawi) dan Masjidil-Aqsa.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Abdullah bin Zubair r.a. pula meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda:


“Solat di masjidku ini (yakni Masjid Nabawi) lebih baik daripada 1000 kali solat di masjid lain kecuali Masjidil-Haram. Solat di Masjidil-Haram lebih afdal daripada 100 kali solat di masjidku ini” Di dalam riwayat yang lain ada tambahan: “Solat di Baitul-Maqdis 500 kali ganda daripada masjid lain”. (HR Ahmad)

Adakah Islam itu hanya wujud di tiga masjid ini?

Adakah keindahan Islam dan kemanisan iman hanya terdapat dalam tiga masjid ini?

Sudah tentu tidak!

Malah sebagaimana yang diisyaratkan oleh peristiwa Israk dan Mikraj ini, bahawa masjid-masjid itu mempunyai kaitan yang amat penting dengan keimanan umat ini dan kehidupan harian mereka.

Fadilat masjid ini tergambar melalui apabila Rasulullah s.a.w. bersabda:


“Apabila kamu melihat seseorang itu berulang-alik ke masjid (untuk mengimarahkannya); maka persaksikanlah baginya dengan keimanan. Allah Taala berfirman, “Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.” (HR at-Tirmizi)
Marilah kita calonkan diri kita untuk menjadi orang yang layak mendapat persaksian Rasulullah s.a.w. terhadap keimanan kita!

Adakah persaksian ini belum mencukupi untuk kita?

Olahan daripada:

http://gunawanaziz.blogspot.com/2011/06/israk-dan-mikraj-masjid-dan-iman.html/29 Rejab 1432

Comments

  1. Salam Rose..sesungguhnya akhlak yang terpuji itulah yang patut kita contohi kan..selawat dan puji-pujian buat rasul junjungan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..