selamat hari Ibu " Ibu Harimau"

cuba tanya Iman,karikatur Upin dan Ipin merujuk kepada siapa?
pasti Iman akan kata Upin adalah dirinya dan Ipin adalah Surayya.

Siapa Kak Rose?

terus Iman akan cakap, mama!

wahhhh tahulah betapa garangnya mama Iman kan? dahla nama punRose, jadi pulak kak Rose, memang garang!

terlihat suatu ucapan istimewa di tv oleh 3 orang anak kecil kepada mama mereka.

"selamat Hari Ibu Mama!"

"jangan marah-marah!"

tersenyum dengan ucapan itu lantas teringat tentang artikel tentang Ibu harimau (tiger mother) oleh prof. Amy Chua (Yale University). katanya ibubapa di timur lebih tegas dan garang dalam mendidik anak-anak manakala di barat, ianya lebih demokratik. namun tegasnya, kegarangan Ibu harimaulah yang menjadikan beliau dan anak beliau berjaya sekarang.

justeru, dalam parenting ni, perlulah ada elemen tiger dan demokratiknya juga..

saya juga garang dengan anak-anak, tapi tak juga beri ketakutan pada mereka sebab mereka tahu, saya hanya garang di mulut tapi dalam hati ada taman :)

untuk ibu-ibu, selamat hari Ibu, semoga diberkati selalu hendaknya....

berikut adalah gambar sekitar sambutan Hari Ibu 2011 di Shah Alam (rumah mertua)...

ohhhhhh......


Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..