jangan pernah kau cuba untuk berubah..


kita selalu terdengar akan terma resepi kejayaan kan?
tapi kenapa resepi?
sebab,,resepi adalah tersendiri dan tertentu
bila sebut resepi, bahannya perlu tepat, kaedahnya adalah tertentu
kalau kita ubah resepi, sikit mungkin boleh, tapi kalau banyak sangat ubah
resepi mungkin dapat, tapi kejayaan belum tentu
sebab tu kadang-kadang ada orang yang lokek nak kongsi resepi
sebab bila dah jadi open secret, resepi tu dah open, tak lagi eklusif

tapi resepi kejayaan sebenarnya perlu dikongsi
sebab, akan lebih manis jika kejayaan kita dapat diulang dan digandakan!

kita selalu juga dengar
you dont have to change anything!
just the way you are!
maksudnya cara kita sedia ada sudah disukai jangan ubah apa-apa :)
macam orang bercinta ye tak?

tapi dengan Allah
kita tak perlu berubah
jika kita stick pada fitrah
yang baik dan taat..
InsyaAllah



kek sempena bufday bonda...

resepi asal dan ilhamcipta : myresepi

respi kek karot buttercream dengan blueberry
(boleh ubah :)

2 batang karot diparut
2 biji telur
1/2 cawan minyak sayuran
1/2 sudu teh esen vanilla

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3/4 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
secubit garam

1/2 cawan badam cincang
  1. Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
  2. Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, garam dan ayak.
  3. Pukul telur dan gula sehingga sebati (guna senduk kayu jer).
  4. Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
  5. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur dan kacau sebati
  6. Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...
  7. Biarkan sejuk
  8. putar gula halus dengan majerin hingga kembang
  9. sapukan pada kek ikut kreativiti
  10. topping saya letak blueberry,,sedap

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..