Destinasi Cinta Bahagia


Terlintas tika masih kecil, kakak ini tak sempat sangat bermain dek kelibat adik-adik yang perlu dijaga. Jika bermain pun hanya dipinggir rumah dan jika tersasar dari rumah, hati pun sudah gundah memikir marah bonda dan adik-adik yang tidak terjaga.

Makan, pakai, tidur, main, sekolah, gembira dan duka, pasti kami akan bersama.

Bukan bonda tak jaga adik-adik, almaklum, sibuk dengan untutan berkeluarga, itu ini perlu diselenggara, kakak ini sangat faham akan situasi abah dan bonda.

Almaklum , anak perempuan tunggal dengan seorang abang sulung dan tiga adik lelaki. Pasti adik-adik jadi peneman si kakak.

Sungguh pantas masa berlalu hingga terasa jaraknya hanya sedetik. Tersenyum hiba, gembira dan tidak sangka!

Destinasi cinta kita pasti bahagia, dengan keluarga bagai permata, dan pasti kudakap semua ini.

Buat adinda yang bakal ke gerbang istana, pastikan kita jadikan ini sebagai destinasi cinta kita bersama.





Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..