Pulut Kuning Qatam Qur'an


Order kedua berupa pulut kuning berteman gulai ayam tak dapat saya tolak memandangkan ianya untuk majlis Qatam Qur'an di Masjid al-Azhar KUIS (pelajar tahfiz al-Qur'an). Walaupun badan agak penat disebabkan sebab yang tidak diketahui, saya gagahi juga untuk kumpul bahan-bahan. walaupun nampak mudah, rupanya-rupanya memang menguji minda!

Ayam selamat saya gulaikan selepas Isyak, bimbang pulut kuning bersantan saya basi, en. suami cadangkan saya mengukus pulut sebelum subuh kerana majlis akan bermula 10 pagi. 4 pagi saya dah bangun mengukus pulut yang telah saya rendam bersama kunyit sebelum tidur( entah kenapa tak boleh tidur, macam bimbang pulut tak jadi, berdoa juga saya moga dipermudahkan kerana niatnya nak menjamu untuk majlis Qatam Qur'an).

alhamdulillah, siap pulut kuning dijanjikan, saya jadikannya kepada 3 adunaun berbentuk kek dan saya sedekahkan sebiji kek carrot butter cream sebagai penambah seri.

pulut kuning comel dengan hiasan tomato dan pandan

pulut kuning hiasan bunga cili


carrot cake with butter cream & almond

Comments

  1. Nice...dah lama tak makan pulut kuning lawan kari ayam..perghh..

    Salam kenal..

    ReplyDelete
  2. salam kenal alleyn..terima kasih atas kunjungan. pulut kuning ni nostalgia kan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..