pemantun terbaik!

zaman kegemilangan waktu sekolah dulu memang sangat manis. masa tu, bila diberi saja pantun, within 60 secs saya dah boleh balas. macam kacang je rasa. maklumlah, budak sekolah sastera!BM dan Kesusasteraan Melayu dapat A1!

teringat cikgu Nasir sebagai cikgu BM/pembimbing yang sungguh puitis orangnya. teringat cikgu cakap, secantik-cantik pantun awak ni, yang paling cantik ialah ayat al-Qur'anul kareem...betul kata cikgu.

nah, sekarang ni nak balas pantun?satu jam pun masih terpinga-pinga..heeee
gambar ni diambil time wakil daerah Langkawi ke Peringkat negeri Kedah. team sekolah dapat naib johan dek penangan saya kurang sihat (mungkin sebab terkejut sampai ke tahap itu). tapi time ni berlaku satu konflik yang saya sendiri terkesan hingga hari ini. saya dah ambil pengajaran, yang lepas biarlah lepas, tapi saya dah belajar sesuatu..

eem tengoklah team lawan, siap berbaju kedah complete. team kami pakai baju sekolah je. zuhud je kan?maklumlah, orang pulau.heee....sebelah kiri saya (berbaju biru) adalah pemantun terbaik masa tu, Rozaina Zainal Abidin, dari Changlun Rasanya...xpe, saya pun terbaik juga, tapi rezeki takde haritu..

pengetua sekolah dan semua guru memang terkejut dan bangga sangat di atas pencapaian tersebut. manis, sungguh manis!how time flies...

yang kurik itu kundi
yang merah itu saga
yang cantik itu budi
yang indah itu bahasa

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..