merah cintanya Iman


jika tidak kerana merah cintanya Iman
takkan Iman request untuk bawa kek ke sekolah
sanggup lakukan apa saja
asal request tertunai jua

merah cintanya iman
hingga mama sanggup berjanji
untuk apa yang Iman mahukan
janji selapas janji dan janji lagi
hingga tertunai merah cintanya Iman

jika tidak merah cintanya mama pada Iman
takkan mama biarkan dapur selerak dengan tepung
dek mixer yang tidak di dalam mangkuknya

dan
dek topping coklat yang terpalit


kerana merah cintanya Iman...
mama biarkan Iman meratah merah strawberi
di cecah dengan topping coklat

demi merah cintanya Iman
cikgu di sekolah selalu tersenyum

kerana kali ini Iman datang
dengan merah cintanya

semerah strawberi taburan kek

resepi dan ilham cipta : denuanza :)



From strawberries with luv!

Comments

  1. salam.. bila la kek ni nak sampai terengganu ye..

    ReplyDelete
  2. salam ustaz, ish, ni kek suke2 je ngan anak,kalau ke ganu lbh beh makang kepok!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..