Androgyny...i do!

air tangan suami..
chicken soup extra ginger with French loaf


Sebagai sociologist, saya melihat androgyny sebagai masculinity and femininity as traits of a unified gender that defies social roles and psychological attributes. Dalam ilmu sosiologi ia lebih menjurus kepada social roles / peranan sosial.

Secara amnya wanita lebih dominan dengan peranan keibuan fizikal dan sosial seperti melahirkan dan membesarkan anak-anak, juga urusan pengurusan rumahtangga seperti memasak, mengemas, membasuh dan macam-macam “me” lagilah. Amnya tempat wanita hanyalah di rumah dan fokus peranannya adalah pada perkara-perkara berkaitanlah.

Lelaki pula secara amnya dominan dengan peranan kebapaan, sesuai dengan fizikalnya, lelaki sesuai untuk peranan mencari rezeki, bekerja kuat untuk nafkah keluarga dan dikatakan selalu menjadi bread winner dalam urusan kekeluargaan.

Yang dikatakan androgyny ialah bilamana peranan-peranan wanita dan lelaki ini saling bertindih dan tidak hanya tertumpu kepada huraian tadi: contohnya, wanita bukan sahaja terhad kepada prescribed roles tadi sahaja tetapi juga telah keluar bekerja dan turut terlibat dalam urusan yang didominasi pihak lelaki.

Lelaki pula, tidak dinafikan kemaskulinannya, sudah mampu membantu isteri, memasak, jaga anak dan sebagainya. Seronok kita lihat bila di shopping komplek bilamana ramai lelaki sekarang tanpa rasa malu dan tercabar mengendong anak kecil, menukar lampin dan ada juga yang membasuh baju serta memasak di rumah!syabas diucapkan!

Kita bukan nak bersaing dalam erti kata feminisme atau maskulinisme. Bukan nak promote queen control atau mengatakan suami dayus, bukan. Androgyny dari perspektif ini adalah baik untuk kemaslahatan dan kesinambungan kekeluargaan, tak begitu?

Saya tidak memandang rendah pada suami jika dia membantu saya dalam hal pengurusan rumahtangga, malah saya lebih menghormati dan menghargainya. Maklumlah, kita sama-sama bekerja untuk keluarga.

Suami pula berlapang dada bila saya independent, driving, keluar rumah dan menguruskan hal-hal luar (dengan izin).

Bukankah indah hidup ini kalau saling tolong-menolong bukan?

Ertinya, peranan sosial kita telah berubah, teringat zaman-zaman generasi terdahulu, bonda dengan kerja bonda dan abah dengan kerja abah. .kini zaman dan fahaman telah berubah. Moga kita senantiasa berusaha untuk hidup yang lebih indah. InsyaAllah.

takkan hilang bisa ular jika menyusur akar:)

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..