Posts

Showing posts from April, 2011

Androgyny...i do!

Image
air tangan suami..
chicken soup extra ginger with French loaf


Sebagai sociologist, saya melihat androgyny sebagai masculinity and femininity as traits of a unified gender that defies social roles and psychological attributes. Dalam ilmu sosiologi ia lebih menjurus kepada social roles / peranan sosial. Secara amnya wanita lebih dominan dengan peranan keibuan fizikal dan sosial seperti melahirkan dan membesarkan anak-anak, juga urusan pengurusan rumahtangga seperti memasak, mengemas, membasuh dan macam-macam “me” lagilah. Amnya tempat wanita hanyalah di rumah dan fokus peranannya adalah pada perkara-perkara berkaitanlah.Lelaki pula secara amnya dominan dengan peranan kebapaan, sesuai dengan fizikalnya, lelaki sesuai untuk peranan mencari rezeki, bekerja kuat untuk nafkah keluarga dan dikatakan selalu menjadi bread winner dalam urusan kekeluargaan.Yang dikatakan androgyny ialah bilamana peranan-peranan wanita dan lelaki ini saling bertindih dan tidak hanya tertumpu kepada hur…

merah cintanya Iman

Image
jika tidak kerana merah cintanya Iman
takkan Iman request untuk bawa kek ke sekolah
sanggup lakukan apa saja
asal request tertunai jua

merah cintanya iman
hingga mama sanggup berjanji
untuk apa yang Iman mahukan
janji selapas janji dan janji lagi
hingga tertunai merah cintanya Iman

jika tidak merah cintanya mama pada Iman
takkan mama biarkan dapur selerak dengan tepung
dek mixer yang tidak di dalam mangkuknya
dan
dek topping coklat yang terpalit

kerana merah cintanya Iman...
mama biarkan Iman meratah merah strawberi
di cecah dengan topping coklat

demi merah cintanya Iman
cikgu di sekolah selalu tersenyum
kerana kali ini Iman datang
dengan merah cintanya
semerah strawberi taburan kek

resepi dan ilham cipta : denuanza :)



From strawberries with luv!

Mari Mengaji (+ kek deko)

Image
Alahai kesian anak-anak yang mengaji Qur'an. Kadang-kadang kepenatan selepas seharian di sekolah, lepas Maghrib dah kena mengaji pulak.

Kadang hasrat hati nak baca banyak, apakan daya bila tiba ke helaian ke tiga, semua dah menunduk mata.

Ustazah, mintak izin nak minum air....kata kakak
Ustazah, nak basuh muka!...kata adik
silakan.....

tapi tabik spring lah pada semangat kuat untuk cepat Qatam. Moga dapat perbaiki mutu bacaan, dapat pahala banyak dan diberkati ye...

harini kita ada aktiviti tambahan baru selain baca Qur'an. Hope budak-budak enjoylah sikit daripada rutin biasa.

7.30 mlm dah start bakar kek (adunan mudah jer) sebab dkt 8mlm dah nak stat ngaji. 8.30 kek dah masak. by 9 mlm kakak dan Adik dah tolong kacau topping dan aktiviti kek deco pun bermula.....

masa dulu-dulu ustazah ngaji Qur'an, xde yer bende-bende macam ni. apa pun anak-anak,
do enjoy the happy moment k...ada masa kit main pondok-pondok lagi yer

azuwa, surayya dan alul kacau topping coklat

mula mendeko …

pemantun terbaik!

Image
zaman kegemilangan waktu sekolah dulu memang sangat manis. masa tu, bila diberi saja pantun, within 60 secs saya dah boleh balas. macam kacang je rasa. maklumlah, budak sekolah sastera!BM dan Kesusasteraan Melayu dapat A1!

teringat cikgu Nasir sebagai cikgu BM/pembimbing yang sungguh puitis orangnya. teringat cikgu cakap, secantik-cantik pantun awak ni, yang paling cantik ialah ayat al-Qur'anul kareem...betul kata cikgu.

nah, sekarang ni nak balas pantun?satu jam pun masih terpinga-pinga..heeee
gambar ni diambil time wakil daerah Langkawi ke Peringkat negeri Kedah. team sekolah dapat naib johan dek penangan saya kurang sihat (mungkin sebab terkejut sampai ke tahap itu). tapi time ni berlaku satu konflik yang saya sendiri terkesan hingga hari ini. saya dah ambil pengajaran, yang lepas biarlah lepas, tapi saya dah belajar sesuatu..

eem tengoklah team lawan, siap berbaju kedah complete. team kami pakai baju sekolah je. zuhud je kan?maklumlah, orang pulau.heee....sebelah kiri say…

Pulut Kuning Qatam Qur'an

Image
Order kedua berupa pulut kuning berteman gulai ayam tak dapat saya tolak memandangkan ianya untuk majlis Qatam Qur'an di Masjid al-Azhar KUIS (pelajar tahfiz al-Qur'an). Walaupun badan agak penat disebabkan sebab yang tidak diketahui, saya gagahi juga untuk kumpul bahan-bahan. walaupun nampak mudah, rupanya-rupanya memang menguji minda!

Ayam selamat saya gulaikan selepas Isyak, bimbang pulut kuning bersantan saya basi, en. suami cadangkan saya mengukus pulut sebelum subuh kerana majlis akan bermula 10 pagi. 4 pagi saya dah bangun mengukus pulut yang telah saya rendam bersama kunyit sebelum tidur( entah kenapa tak boleh tidur, macam bimbang pulut tak jadi, berdoa juga saya moga dipermudahkan kerana niatnya nak menjamu untuk majlis Qatam Qur'an).

alhamdulillah, siap pulut kuning dijanjikan, saya jadikannya kepada 3 adunaun berbentuk kek dan saya sedekahkan sebiji kek carrot butter cream sebagai penambah seri.

pulut kuning comel dengan hiasan tomato dan pandan

pulut…

Taman Alam, Kuala Selangor

Image
sungguh tak sangka masih ada tempat secantik ini. unplanned plan ini terjadi waktu kami ziarah dan habiskan masa di sekitar Kuala Selangor bersama keluarga. disebabkan free dan tiada aktiviti dan masa masih di awal pagi selepas bersarapan. kami bersama-sama membuat keputusan untuk jalan-jalan di Taman Alam.

Anak-anak kecil selamat berjalan-jalan menikmati hijau alam yang mendamaikan, denai yang cantik, pohonan hijau yang mengasyikkan, kolam, menara tinjau dan laluan hutan bakau yang sungguh cantik.

SubhanAllah! suasananya redup, oksigen banyak dan harum bau alam tidak dapat dirungkai dengan kata-kata. anak-anak dapat tengok siput, ketam, ikan, memerang, helang, monyet dan rupanya kami telah bertrekking sejauh 4.5km tanpa rasa penat!

memang recommend sebab best sangat!Kami pasti datang lagi!

anak-anak dan anak-anak buah ready for tracking!

damai dan mendamaikan. Surayya hepi berjalan-jalan

the journey begins...
photographer kat blakangla..heee

surayya n iman merentas desa

can…

Kek 1st order = Majlis qatam Qur'an

Image
Alhamdulillah..

bermula dengan hadiah comel en.hubby berupa oven, aktiviti berkaitan pun agak rancak terutama bakar kek. memang berguna betul lah hadiah ni.en. hubby siap suggest saya ambil kursus cake and pastry,,(emm belum ada kesempatan

sangat teruja bila bermula suka-suka buat kek dengan tgk resepi dari blog kawan-kawan (terima kasih denuanza). kek bufday utk family dah tak payah beli sebab ada org syok sendiri buat kek. pastu ada request kawan-kawan terdekat, beranikan diri untuk cuba. bolehlah makan walaupun bukan terror sgt pun..

Alhamdulillah, ada sahabat suggestkan student yang nak buat majlis qatam Qur'an nakkan kek tapi bajet macam kurang. jadi sahabat saya ni tanyakan saya untuk sediakan 3 biji kek coklat!setakat sebijik memang berani, tapi 3?jeng3x. memandangkan ianya untuk majlis Qatam Qur'an, saya cuba buat dengan bayaran RM20 je sebijik (ok tak)?niatnya nak la sponsor pulut kuning tapi alahai, last minit sgt la sayang, mana mak nak cari bahan..next ti…

kek Coklat 3 Rasa

Image
biasanya orang akan cakap ikan siakap 3 rasa kan? kali ini kita ada kek coklat 3 rasa. resepi asal ialah kek coklat strawberi. memandangkan strawberi tidak dapat dipetik dari ladang, jadilah kek coklat 3 rasa. kenapa pulak sampai 3 rasa?bukan ke kek coklat rasanya coklat?suspen kan?

kek coklat 3 rasa ni kerana menyambut harijadi 3 individu tersayang yang dibuat serentak. selain kek coklat yang ada rasa:

1-coklat
2-strawberi (layer jem)
3-badam (topping)

kek coklat 3 rasa ini juga ada 3 rasa yang lain:

1-kasih sayang
2-kegembiraan
3-kesyukuran

jadilah kek coklat 3 rasa!
selamat hari lahir buat kanda, adinda dan anak buah 2011. semoga sejahtera selalu.amin!