untuk semua wanita, ibu dan bakal ibu

Ibu - tidak pernah sekali pun aku lupa,
walau ke mana jauh ku pergi,
doa ku pada mu tetap tidak pernah lekang di mulut dan di hati.
Engkau lah ratu ku...Puan Cantik Manis


Bahagian 1

Saya ni nak cakap sikit pasal breastfeeding. Kalau anda ada anak kecik, bagilah susu ibu. Bukan sahaja mengeratkan bonding tapi sangat baik. Saya tak tahu mcam mana nak terangkan tapi sehingga kini, macam mana best pun susu formula dari kompeni mana pun kat dunia ni, susu ibu paling baik. Cuma bila anda dah tak boleh sgt menyusukan anak dgn susu ibu, baru lah try susu formula. Tapi ibu-ibu yang menyusu pastikan anda mengambil makanan yang berkhasiat. Pantang tu boleh tapi jgn lah susu pun tak boleh minum, asyik minum kopi dgn biskut kepala lutut....mana nak ada khasiat.

Ibu-ibu yang menyusu kan anak, tolong lah makan makanan yang berkhasiat, kalau tak boleh jugak, makan supplement seperti calcium, DHA dan you need a lot of energy. Apa di kisah kan kalau badan sedikit berisi masa ini, tu anak tu investment yg paling besar. Lagi pun am sure husband dont really mind, janji yang "penting" tu dah baik, bersih dan cantik semula.

Dalam pantang, masa yang paling sesuai menjaga badan tapi kadang perempuan ni sedikit malas termasuk lah saya. Masa anak pertama, mak dan opah jaga, huish..dah deliver anak sulung yg 3.8kg tu, masih macam anak dara..chewah! angkat bakul sendiri la...

Tapi dah masuk anak2 seterusnya, sendiri jaga...mula lah malas....and menyesal indeed. Kalau tidak mesti Puan Cantik Manis lagi Cantier Maniser...wakaka...

Ketika dlm pantang, bawa lah berehat, mandi dan makan dengan cukup dan pastikan emosi anda tenteram dan tidak kacau. Jangan di bawa perasaan cemburu, kdg2 wanita ni pelik, husband pergi kerja pun cemburu sangat. Padahal dia mencari duit untuk keluarga, doakan dia yang terbaik untuk anda, family dan keselamatan dan juga keimanannya. Post natal depression is very dangerous, sbb tu ada bila meroyan nak bunuh baby sendiri dan dah byk kes dalam M'sia ni.

Masa pregnant, baca byk doa dan surah2 Yusuf, Mariam dan Taubat. Dan ada doa masa mengandung. Baca sepanjang pregnancy dan masa tu doalah untuk keselamatan masa melahirkan dan kestabilian emosi serta kesihatan yg baik sepanjang berpantang. Sbb lepas bersalin , anda dah tak leh solat selagi darah nifas ada, so doa byk2 untuk menghadapi masa bersalin dan berpantang.

Okay, susu ibu tu bukan sahaja baik dari segi kandungan tetapi telah di olah untuk baby menghadapi hidup. Colustrum yg terdapat masa beberapa hari adalah untuk develop baby punya immune sistem lagi kuat. Yer lah, baby tu duduk dalm perut dlm keadaan sterile, bila dah keluar mcm2 bahan tercemar jumpa. Sebenarnya, ketika baby melalui saluran vagina ibu dalam proses melahirkan, terdapat backteria yang baik yang akan di bawa oleh baby untuk menguatkan daya tahan nya juga.

Ketika ini, ada produck untuk ibu-ibu yang melahirkan anak secara Sec-C untuk memberi kebaikkan ini. Tengok sampai ke situ, penyelidik cari sumber..macam2 kat pompuan ni tau!

Colustrum tu tak tinggi untuk sepanjang susu yng ada pada ibu, sbb bila baby dah develop dan bila dia dah mula adapt, jadi akan baik. After roughly few weeks mmg kandungan colustrum dah mula rendah. Sbb tu saya kurang yakin bila susu nak di tambah Colustrum yang menjadi sumber IGG sebenarnya. Anyway - untuk orang yg sakit mmg la perlu tapi orang sihat untuk ambil Colustrum setiap hari...hmmm...I need to study more on this I guess..but what I see so far doesnt convince me ..

Baby perlukan iron sbb masa ni tahap pembesaran paling cepat dan memerlukan oxygen, so iron pembawa oxygen yang baik. Sbb tu dlm makanan baby perlu ditambah iron. Begitu juga jika ibu menyusukan anak, pastikan anda makan sumber iron yang baik seperti daging.


Ibu-ibu yang menyusukan anak, walau anda ada anak kecil. pastikan diri tetap cantik dengan kemas dan segala terurus. Jangan biarkan badan tidak berjaga sbb mungkin anda kuat skrg, rasa okay ajer tapi 'sakit' nya datang bila anda dah mencecah lebih 40 tahun...so take good care.

Bahagian 2

Melihat bayi lahir pada saya adalah satu keajaiban..ini lah yg disebut dlm Quran yang ia boleh menjadikan "dari tiada kepada ada". Memahami proses kejadian manusia adalah satu yg boleh membuka hati, minda dan perasaan terhadap kekuasaan yg Maha Esa. Setiap detik dalam kandungan, ibu itu turut dilindungi dan sentiasa didoakan oleh Malaikat..Hebat jadi perempuan...Anak dalam kandungan melalui saat penting penciptaanNya...sebab itu ibu di galakkan berdoa. Dan yang penting bapa turut membaca Al-Quran dlm tempoh ini ...Dan tentulah bahagia jika dlm tempoh ini segala berjalan lancar...oleh itu, kalau boleh buat lah persediaan untuk ada anak...Sbb jika 'teraccident' atau minda x sedia, adakalanya boleh mempengaruhi anak dlm kandungan...

Sbb itu. sejauh mana saya berjalan dlm urusan kerja yang membawa saya ke merata tempat dlm dan luar negara, saya melihat manusia itu semua sama. Sebab kejadian penciptaan manusia itu sama dan dijadikan oleh Tuhan yang satu. Siapa kita untuk melihat orang itu hodoh sedangkan Tuhan yang menjadikan kita adalah yang sama menjadikan orang itu? Siapa kita untuk berkata orang yang berkulit hitam itu perangai seperti 'ula' sedangkan ia juga dijadikan oleh Tuhan yang mencipta kita.. Perangai manusia itu banyak berubah disebabkan oleh didikan, pengaruh sekeliling ....sbb itu 2 kembar seiras yang dibesarkan dlm suasana yg berbeza akan berbeza personaliti.....

Apa relevant nya cerita ini dlm konteks perbincangan ini? Yang penting - kita sebagai ibu bapa harus mendidik anak2 yang diciptakan Tuhan untuk kita dalam suasana yang boleh membentuk peribadi dan personality yang baik...Sukar bukan...?

Satu daripada personaliti yang indah adalah memastikan anak2 mendapat pemakanan yang baik.
Tahukah anda, pewarna tiruan di dalam makanan boleh membahayakan dan mempengaruhi perangai anak2 anda..? Bukan sahaja anak anda kena elak makanan2 ini tapi sepanjang tempoh mengandung juga, pastikan anda tahu apa yang anda makan....

Tahukah anda - susu ibu telah lengkap untuk bayi membesar. Anak anda yg baru lahir dlm proses pembesaran yang amat laju, memerlukan tenaga sbb itu susu ibu sebenarnya amat padat dgn khasiat. Tinggi tenaga, kerana pada masa ini, perut bayi amat kecil dan apa yg boleh diambil akan ditukarkan kpd tenaga utk membesar, sbb itu memerlukan makanan dgn tenaga besar. Sbb itu dlm formulasi susu formula bayi, anda akan lihat kandungan lemak nya sangat tinggi sbb masa ini mmg bayi amat perlukan lemak.

Tapi susu ibu penuh keajaiban! Selain lemak dan protein yang betul..terdapat antibodi, terdapat enzyme, terdapat vitamin dan minerals dan terdapat sumber serat yang sesuai untuk bayi dan byk lagi...

Apa yang anda fikirkan? Ketika saya mula tahu keajaiban susu ibu, hampir saya menangis dan sujud lama padaNya kerana sesungguhnya Tuhan itu amat detail dalam penciptaanNya...siapa kita untuk meniru penciptaanNya ?....kita amat kerdil...Ilmu kita umpana setitik air yang dijatuhkan ke lautan..itu pun setitik yg diberi oleh Tuhan dalam cuba melihat ilmuNya yang amat luas...........

Tetapi saya tidak menolak 100% susu formula kerana - sebenarnya tujuan mula ia dihasilkan adalah untuk menolong bayi yang kehilangan ibu dan tidak mempunyai cara untuk di beri khasiat. Tapi kini... telah diluaskan penggunaannya..............Tetapi yang pasti setiap ibu mesti mencuba 100% dgn usaha supaya dapat menyusukan anak...kalau dah tak boleh atau ketika 'sesak' sahaja lah baru anda pilih options susu formula...
mana mungkin penciptaan susu formula sebaik susu ibu dari ciptaanNya...

Di europe - amat jarang ada susu formula sbb ibu2 digalakkan menyusu bayi sendiri. In fact - lagi ramai anak dan lagi lama menyusukan anak - sgt digalakkan...Ini mostly bukan orang Islam yang tiada dalam agama mereka mengalakkan susu ibu tapi mereka percaya akan keajaiban susu ibu...Boss saya dulu pompuan duduk kat Denmark, mmg exclusive breast feeding selama 6 bulan..so kita berhubung dgn dia dari rumah ajer....atas urusan kerja..success jugak..byk jugak project implemented..so Msia ni apahal susah sgt ek?

nak baca lagi?
Coretan Puan Cantik Manis boleh di akses di http://makansihatcantik.blogspot.com/
Saya amat mencadangkan anda baca, follow, link dan sebagainya blog ini kerana ia sungguh berbaloi!

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..