Trivia: Ada Berani??




Menurut kamus dewan, trivia bermaksud, pelbagai fakta atau maklumat yang kurang penting tetapi menarik tentang subjek tertentu, terutamanya digunakan dalam sesuatu permainan atau kuiz.

Seringkali persoalan kecil dan remeh terlepas pandang daripada perhatian kita. Namun, fakta-fakta tersebut tidak kurang penting dan menarik untuk menambah ilmu, di samping menajamkan minda kita.

Mari kita uji pengetahuan am kita dengan menjawab soalan-soalan berikut:

1-siapakah yang dikatakan wajahnya begitu mirip dengan Rasulullah SAW?

2-sahabat nabi yang dikenali sebagai Abu Masakin iaitu bapa orang miskin ialah…?

3-berapakah jumlah malaikat yang memikul Arasy pada hari kiamat?

4-berpakah jumlah anak Nabi Yaakub termasuk yusuf a.s?

5-berpandukan kisah dari al-Qura’an, namakan suami yang mempunyi isteri yang tidak taat pada perintah Allah?

6-dalam surah apakah peristiwa Rasulullah saw berpaling daripada seorang lelaki buta?

7-apakah surah yag jika dibahagikan jumlah ayatnya dengan nombor surah, jawapannya ialah 2?

8-apakah kaitan antara kisah menenggelamkan sampan, membunuh anak kecil dan menegakkan dinding hampir roboh?

9-apakah nama surah yang disebut dengan nama para nabi dan dirujuk kepada nabi?

10-makhluk yang paling ringan siksaannya di neraka?

JAWAPANNYA?

1-Saidina al-Hasan Bin Ali

2-ja’afar bin Abi Talib

3-lapan malaikat

4-11 orang

5-Lut a.s dan Nuh a.s

6-Abasa

7-Surah al-Rum

8-Nabi Khidir yang dipersoalkan kewajarannya oleh Nabi Musa

9-Yunus, Hud, Yusuf, Ibrahim, Muhammad, Nuh, al-Muzammil dan al-muddathtir.

10-Abu Talib-selipar daripada api di kakinya


ilhamcipta:Solusi28

best regards:roselangkawi

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..