secawan gandum, secangkir CINTA


bufday hubby dah dekat, kek tak beli lagi, adiah pun belum decide lagi. Walaupun kata hubby yang penting adalah ingatan dan doa, takkan tu jek. Jenuh pusing satu bangi dan nilai cari adiah. Last-last dapat la satu. Adiah yang grand tunggu bajet masuk dulu. Kata hubby, grand prize tu pending cket takpe, yang penting dapat.amboi!

kek,,,,oh kek..en.hubby ni susah cket bab kek kedai sembarangan, bukan nak cari yang mahal. Tapi nak yang HALAL. Survey punya survey, punyalah mahal!kecik jek dah nak dkt RM30!apa barang!nak kek??bikin sendirilah!ok,

nak besar-besar sgt keknye pun tak habis…kadang-kadang lepas cake-cutting ceremony tu, tak mkn sgt pun..buat syarat jer kata orang.so kita bikin kek yang comel jek..

En.hubby main futsal mlm tu till midnite, so dapat kekuatan untuk bakar kek base on resepi kek coklat stoberi . resepi asalnya mmg best dan sedap sangat tapi saya ubahsuai utk jadi lebih comel. Kalau nak tgk n3 asal, ni ha http://denuanza.blogspot.com/search/label/kek%20coklat%20strawberry.

Sebelum tu dah bagi pilihan kat hubby nak kek carrot atau coklat stoberi?dia nak coklat stoberi, mcm dato’ siti katanya.

bertemankan puteri sulung sehingga detik 12 malam, dapatlah suami memotong kek coklat stoberi dan katanya?SEDAP! (stoberi segar memberi impak berbeza katanya..amboi!)

siapa sangka, dengan hanya secawan gandum, hasilnya secangkir cinta!layan!!

bahan A:

1 cawan tepung gandum
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikabonat
(ayak bahan2 ni)
1 biji telur- pukul kembang

bahan B:

1/4 cawan gula
1/2 cawan minyak minyak masak
1/2 cawan serbuk koko
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air


cara:

1. ayak tepung, baking powder dan soda- ketepikan
2. campur semua bahan B dlm periuk- panaskan atas api yg kecil sampai gula larut
3. masukkan telur dan gaul rata..
4. masukkan tepung yg diayak skit2, sambil gaul,sampai semua abis...

5. bakar dalam oven dlm 30 minit

6.angkat, sejukkan dan bolehlah dihias ikut kreativiti :)


Terima kasih denuanza atas resepi yang memang best!


best regards:
roselangkawi

Comments

  1. best namanya...secawan gandum, secangkir cinta..
    amat beerti bila kek dibuat oleh isteri tercinta..
    manis2 kek coklat..manis lagi nilai cinta...

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas resepimu yang amat bermakna.
    membantu orang lain bahagia dan gembira.
    walaupun cara masing-masing berbeza.
    namun tujuan kita sama, cintai apa yang dicinta, dengan apa yang kita ada!amboooooiii!

    ReplyDelete
  3. Wow... sedapnya.. nk try lar resepi ni ila boleh? untung razif...:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..