Percakapan adalah doa


Pernahkah anda dengar bilamana percakapan yang berulang-ulang sebanyak 44 kali akan menjadi nyata?

“kau cakapla, cukup 44 kali, makbul cakap kau”.

Ada pula yang bermulut masin!(apa sahaja yang dicakapkan jadi nyata)

Ada sekali saya marah sangat pada seorang pemandu cuai yang berlagak, lantas saya cakap,

bawa kereta macam pelesit!accident baru tahu!

2km kehadapan saya nampak sendiri kereta itu di bawah jambatan!

mungkin ramai yang mendoakan seperti saya!

Orang tua-tua pula selalu pesan bila marah anak-anak jangan dikata yang bukan-bukan!

Cakaplah yang elok-elok terutama ibu, masin dan makbul kata-kata seorang ibu ni.

Cakaplah bila marah pada anak-anak…

“anak bertuah!” “macam nilah pandai!”

Luahkanlah kata-kata positif. Janganlah/elakkanlah menyebut yang buruk-buruk kerana:

1-buruk rupanya bila kita marah dan cakap yang bukan-bukan.

2-orang yang kuat adalah yang mampu menahan marah..tak gitu.

Jadi kita ni bercakap tentang DOA!

Percakapan adalah doa!

Berdoa ni bukan tunggu kena pakai kain sembahyang, duduk atas sejadah, tadah tangan. Doa ni mudah.

Bila kita mula memasak kuih untuk hidangan kita cakap:

Janganlah tak jadi kuih ni, sebab niatnya nak meraikan…ni pun kira doalah jugak!

Tetapi ada sebenarnya waktu-waktu lebih mustajab kita berdoa:

1-ketika hujan
2-sebelum dan selepa solat
3-ketika menghadapi musah
4-waktu antara azan dan iqamat

5-ketika iktidal yang terakhir

6-ketika sujud dalm solat

7-ketika khatam Qur’an 30 juzuk
8-sepanjang malam, sepertiga malam lebih baik
9-hari jumaats
10-antara waktunZuhur dan Asar dan Asar dan Maghrib


Doa sahabatnya ialah tawakkal.

Maksudnya kita bimbang doa tidak dikabulkan dan meletakkan harapan pada Allah.

Kita bear in mindlah bila berdoa bahawa hanya Allah yang mampu memakbulkannya. Kita kerap menghitung doa yang kononnya tidak dimakbulkan walhal kita tidak sedar bahawa hampir semua doa kita dimakbulkan dan di akhirat nanti kita akan diberi lebih baik dari apa yang kita minta di dunia!

Apa yang penting! Hanya Allah yang maha mengetahui tentang apa yang terbaik untuk kita dan berlapang dadalah kita untuk redho dan kerapkali mengharap reho Allah plus selalulah bersangka Baik dengan Allah!

.boleh jadi perkara yang kamu tidak sukai itubaik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu perkara tetapi ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah, Allah jualah yang Maha Mengetahui hakikat segala sesuatu sedangkan kamu tiada mengetahuinya (surah al-Baqarah:216)

http://emilayusof.com/

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..