kelip-kelip itu duniaku

iman @ main entrance


bukti kedatangan kami, tudia singboard amaran!


dok pk macamana nak amik gamba kelip-kelip ni
haa ni sebenarnya gamba kat t-shirt yg dijual di gerai kat jeti tuh..

sampai awal, so iman & surayya main-main dulu
ada playground (ketaman kata aya)

main dan main, abah dah boring?

buai laju-laju...

Cuti sekolah baru-baru ini memberi kesempatan kepada aktiviti kekeluargaan. Dah lama tidak berkumpul dek kesibukan rutin harian. Dah lama nak tengok kelip-kelip di kampung Kuantan, Kuala Selangor.

dulu anak-anak masih baby dan risau pula bila berperahu nanti akan menyusahkan baby, jadi bila semua anak-anak dan anak buah sudah jadi toddler, bolehlah proceed aktiviti tertangguh ni.

Kami sampai sebelum maghrib, nampak signboard tertulis waktu opreasi dari 7.45 – 10.30 malam. Mendoakan agar cuaca baik supaya bolehla tengok kelip-kelip. Terbayang cahaya comel yang memancar dari serangga kecil yang saya tangkap ketika balik mengaji Quran masa kecik-kecik dulu, simpan dalam botol. Bondaa marah sambil bergurau;

Daripada hang dok dera menatang tu baik hang telan, buleh jugak terang hati!

(daripada awak mendera kelip-kelip tu dengan mengurung dalam botol, baik telan, supaya bila masuk perut, kelip-kelip bercahaya dan menerangi hati!...kepercayaan lama)

Tak pulak saya buat, tapi ada kawan-kawan lain yang telan!erk!!

Saya lepaskan kelip-kelip menerangi kegelapan malam…oh indahnya cahaya comel itu….

Lepas solat maghrib (ada masjid dekat sgt dengan jeti), suasana biasa saja, Cuma ada 5 bas pelancong baru tiba!

Hah sudah, 5 bas?bila nak tiba turn nih?

Tengok sampan dikolek, alahai comelnya,, muat 4 orang (RM40 satu sampan)

Kami pakai vest dibekalkan, surayya comel dengan vestnya, yang lain, ambil sampan masing-masing.
abah & surayya are ready for firefly watching

Bila perahu dikoleh, kemana agaknya hala tuju..

Tiba-tiba..klip..klip..klip ternampak kerdipan serentak kelip-kelip diseberang sungai sana(synchronized type..sesaat 3 kali!). Macam pokok krismas dihias lampu!sungguh tenang. Surayya sebut selip-selip!comelnye…

Emm walaupun kelip-kelip tersangatlah kecil, tapi cahayanya terang dan konsisten, bila semuanya berkelip serentak, impaknya sungguh mengujakan.

Samalah macam hidup kita, kita kecil disisi Allah, sungguh kerdil, tapi dengan iman, ia beri cahaya, jika lebih konsisten ia bukan sahaja dapat memanfaat diri bahkan dapat menerangi orang lain!wah..berfalsafah saya!sungguh, kelip-kelip itu adalah kehidupan.

Sayangnya pengalaman ini tak dapat dirakamkan dengan camera kerana dilarang, lagipun Kata sipendayung sampan, hanya camera berharga RM50K yang dapat capture gambar kelip-kelip ni!

Perlahan-lahan saya simpan camera cap ayam saya..

Saya Cuma rakamkan dengan rasa syukur, tadabbur dan kagum pada ciptaan ini.

Surayya terkasima dalam dakapan abah melihat selip-selip

Tak pasti bila pengalaman tak dapat dibeli ni akan berulang lagi.

Kata pendayung sampan kami, tempat ni di selenggara oleh TNB (terima kasih) sejak 1973 lagi!

Harap anak cucu cicit kita dapat la merasai keindahan alam ciptaan Allah ini.Subhanallah!

“alam ini adalah maha karya Tuhan, yang sentiasa berbicara dengan manusia tentang kewujudan, kehebatan dan keagungan penciptanya”

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..