AMARAN!awas lampu tidur!






Amaran ini akan membuatkan anda yang mempunyai lampu tidur akan mengambil langkah untuk re-check dan precaution!

Ada sahabat bercerita dan minta disampaikan cerita ni.

Sahabat terpaksa pulang ke kampung segera sebab ada kecemasan?

Kenapa? Ada kebakaran kecil (yang merbahayakan juga)

Khabarnya sahabat ni ada nenek tua yang kurang sihat yang sedang dijaga dan diberi perhatian.

Jadi lampu tidur dinyalakan atas sebab-sebab mungkin ada yang perlu berjaga malam.

Adik sahabat ni tidur agak lambat around 1 pagi gitu, bila terjaga around 3 am dia ternampak api marak setinggi 2 meter!

Alhamdulillah adik lelaki sahabat ini bertindak proaktif mematikan punca elektrik dan menyiram api (kebetulan dekat dengan bilik air).

Alhamdulillah tiada yang cedera Cuma keadaan ruang bilik yang cedera parah berjelaga!

Bila di siasat oleh electrician/technician , didapati LAMPU TIDUR (jenis yang di letak pada plak 3 pin) rupa-rupanya mencair dan mewujudkan spark lalu terbakar. Kebetulan dibawahnya ada pula vacum rumah, hangus vacum dibuatnya!Innalillah ..

(surah albaqarah ayat 56)

(iaitu) orang2 yang apabila mereka ditimpa musibah (malapetaka), mereka berkata: . (bahawa sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kita akan kembali kepadaNya).

Teringat saya pada sebiji lampu tidur (berbentuk teddy bear)-perlu letak pada plak 3 pin dan dipetik suis untuk nyalaan dirumah saya suatu ketika dulu. Saya beli di kedai 2 ringgit (tak tahu pula lampu tidur sahabat ni dibeli di tempat sama atau tidak..hee). tapi saya tak menggunakannya sebab anak-anak selesa dengan cahaya yang paling minima.

Jadi mungkin anda boleh double check tentang kondisi lampu tidur di rumah anda, samada ada sirim atau macam mana ye..

Kata technician : BANYAK kebakaran telah dicetuskan oleh lampu tidur ni (jadi testimony technician ni menjadikan amaran saya ni valid!)

p/s:pernah ternampak sticker pada belakang sebuah kereta bertulis..

“fire can be prevented!”

(dalam konteks stiker keta, tak pasti pulak apa maknanya…huuuu

best regards:roselangkawi

Comments

  1. doa ketika musibah:

    innalillahi wainna ilaihiraji'un
    Allahumma' jurni fi musibati
    wa akhlifli khairan minha...

    yang bermaksud:

    sesungguhnya kita milik Allah
    dan kepadaNya kita kembali
    Ya Allah, berikanlah pahala kepadaku
    dan gantikanlah dengan yg lebih baik
    (dari musibah ini).
    I

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..