Ya habibie

malu rasanya menyatakan cinta
kepada dia kekasih Allah
kerana dia insan mulia
sedangkan diriku insan biasa

kupujuk jua hati dan jiwa
meluahkan rasa cinta membara
di dalam pujian ucapan selawat
tanda penghargaan seorang umat

selagi upaya kuturuti ajarannya
apa terdaya ku amalkan sunnahnya
moga di dunia mendapat berkat
di akhirat sana beroleh syafaat

kerana peribadinya aku terpesona
kerna budinya aku jatuh cinta
rinduku padanya tiada terkata
pimpinkanlah daku ke taman syurga
...ilham nasyid Hijjaz

Bila kita berjauh jarak dengan yang terkasih Muhammad Rasulullah. Kita hanya dapat menemuinya melalui do’a-do’a yang kita lantunkan, memohon syafa’at Nabi untuk keselamatan kita di akhirat dari pedihnya azab neraka. Tidakkah foto-foto berikut ini mengubati kerinduan kita yang sangat dalam kepada Nabi Tercinta, Kekasih Allah, peribadi mulia yang menjadi rahmat sekalian alam??

Ratusan orang menitiskan air matanya setelah menatap langsung baju beliau yang bersahaja dan sudah robek, sandal beliau, keranda beliau yang tak terhalang apapun. Allahu Akbar … serasa dekat denganmu ya Rasulullah … Andai aku dapat melihat wajahmu, lemah segala persendianku, tak tahan dengan kenikmatan memandang kemuliaan wajahmu…

Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad …. http://greenboc.blogspot.com/


(Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Museum Topkapy di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelezatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Agung, kekasih Allah …)


Allahumma solli ‘ala sayyidina wa maulana Muhammad Solallahu ‘Alaihi Wassallam …






Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..