Romantika de Amor


Macam kontroversi pulak tajuk pos kali ni.

Maksudnya mudah bila kita tahu ceritanya.

Macam ni. Saya, suami dan anak-anak dapat ajakan seorang teman untuk makan ikan bakar.

Mesti best dan happening

Bisik hati saya

Kami suami isteri memang dah lama kenal dengan pasangan ni sejak zaman study dulu-dulu. Cuma lewat masa ni kurang kesempatan berjumpa dek kesibukan rutin harian. Peluang makan ikan bakar ni disambar terus dan bolehlah bersembang panjang nanti berkaitan macam-macam hal. Kami kongsi kereta memandangkan mereka mempunyai MPV. Dalam perjalanan, si isteri nampak macam kurang sihat, selsema katanya, running nose..sembang diteruskan hingga tiba tempat dituju.

Dek kerana kelaparan kami terus meng’order’ juadah walaupun maghrib dah dekat. Kami cantumkan 2 meja dan susun atur kedudukan anak-anak sewajarnya. Sementara suami-suami meng’order’ di lambakan seafood segar, isteri-isteri terus berbual dalam gamat suasana tempat makan tersebut dan gelak tawa anak-anak kecil berlari riang sekeliling meja.

Bila suami-suami mengambil tempat, semestinya kami akan duduk side-by-side suami masing-masing.

Tidak dapat mengatakan tidak bilamana tangan kanan suami dan tangan kiri isteri teman kami ni tidak kelihatan diatas meja seperti kami berdua (saya dan suami) yang bercakap sambil kedua-dua tangan free stail on the air.

Rupanya mereka berpegangan tangan di bawah meja..

Sooo romantic,,,

Tetapi kenapa pula saya rasa kurang selesa?dan mereka pula rasa selamba!

Saya dapat rasakan aura suami saya disebelah pun sama!

Mereka kan married couple..apa salahnya ..getus hati saya..

Tapi masih ada perasaan kurang selesa yang merodok-rodok jiwa bila si isteri mula merebahkan kepala dibahu sang suami yang rancak berbual.

Tak la pula terpanggil untuk berbuat yang sama,,ahakssss..

Common, romantic is subjective okay?ada yang obvious menzahirkan keintiman (seperti mereka)

Ada pula yang tidak (seperti kami)..

Saya mula perasan pada satu keadaan bila saya ada bertanya suami

“abang rasa couple tu bercinta atau berkahwin?”

Sambil pandangan di arah kepada satu caouple sedang berpegangan tangan dan bergurau mesra di tepi pantai..

Kenapa? Tanya suami

Iyelah, biasanya yang romantic-romantik ni orang bercinta, kata saya.

Mana tau?mereka baru kawin, atau dah lama kawin tapi romantic kata suami bersangka baik..dan terus mencantas pandangan saya

Ermmmm ikhlasnya, saya sendiri masa sebelum kawin, gelojak romantic ni lebih skit, maklumlah, ada org ketiga (syaitan),,nasib baik, MALU tu lebih banyak…so taklah lebih-lebih

Flash back habis..

Bagusla mereka mengekalkan keintiman sebegitu yer

Tapi….budaya Islam dan timur macamana?

Mereka ni sudah berkahwin, halal dan wajar melakukan apa yang halal..

Cuma akan membuatkan orang lain rasa seriauuu…dan tidak selesa

Yang melihat rasa malu…

malu Yang lain sikit perasaannya berbanding melihat keintiman yang sama oleh un-married couple!(yang kadang-kadang memang langsung tak malu, malah mengada-ngada,,soriiii)

Oh!mengapa sebegitu????macamana ni??

Buntu…..

rasanya tak perlu begitu, biar keintiman itu, kita sendiri saja yang tahu, tak begitu?

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..