Boling & Pencarian diri sendiri


Seawal perkenalan dengan encik suami, sudah memang diketahui bahawa kegilaannya ialah bolasepak. Selalu kelihatan encik suami di padang bola, samada berlatih, dilatih atau melatih. Sedang mengandung anak pertama kerap mengikutnya ke padang bola untuk bolasepak dan pernah memandunya balik ke rumah dalam kesaratan itu kerana encik suami mengalami kecederaan!

Dalam proses pemulihan entah macamana kegilaannya bertukar kepada sukan bola yang baharu, boling! Kami selalu mengikutnya ke bowling alley sebab memang kegilaanku ialah encik suami!di mana ada suami disitu ada kami!kami ialah saya dan anak-anak.

Bermula dengan sekadar memerhatikan sukan boling, difahami bahawa keperluan untuk menjatuhkan semua botol-botol putih berbelang merah di leher di panggil bola pin adalah sangat mustahak untuk beroleh strike!difahami bahawa perlu memakai kasut khas dan menggunakan house ball yang berwarna-warni dengan berat pelbagai. Juga perlu memakai pakaian yang bersesuaian kerana sukan ini diperhatikan crowd dari belakang!bayangkan jika anda wanita dan memakai pakaian yang kurang sesuai, pastinya aksi voir & animated anda dinantikan!

Perlahan-lahan kosa kata boling meningkat, sudah pandai tentang terma strike, spare, split, open,lane, arrow, handicap, endurance, moon lite dan high score dan macam-macam lagilah!rupanya teknik balingan bola pun pelbagai, ada straight, spin, hook. Speed pun boleh diukur.

Cuba buat balingan kata encik suami.rupanya balinganku tidaklah straight.jauh sekali hook seperti encik suami.ermmm. kata encik suami, balinganku seperti outer swinger!pulak…

encik suami sudah ada bola boling yang di personalized dengan ukuran jari peribadi!wah….ini sudah baik!high impact katanya..

buy one high impact ball get one starter pack with reasonable price..tidak bertanya harganya yang hampir 1K, terus mula membuat balingan dengan bola boling baru hadiah encik suami. Nak score 100 jatuhan pin pun boleh pengsan rasanya.tidak semudah yang disangka!

Terbaca tentang teknik memikat sidia (encik suami) antaranya:

1-masak makanan kegemarannya

2-raikan keluarganya

3-memahami persahabatannya

4-bercerita tentang hobinya!

5-menjaga rumahtangga dan anak-nak serta harta bendanya

6-memperlihatkan kecantikan dan keindahan padanya.

Puas rasanya bila melihat kecemerlangan di wajah encik suami bila bercerita tentang perlawanan bolingnya yang baru mencecah year 2.faham benar tentang liga, team lawan, anchor dan sebagainya. Tak rugi study hard on bowling ini kataku.

Berfalsafah perihal boling ini, kata encik suami, ia adalah sukan yang berpaksi kepada diri sendiri. Kita akan mencari diri sendiri bila mencari teknik balingan yang sesuai. Adjust balingan atau board itu bergantung, yang lebih penting, secepat mana anda membaca keadaan dan memanfaatkan masa yang ada untuk score. Yang penting dalam boling kata encik suami ialah konsistensi!

Terkedip tiba-tiba membaca lagak balingan diri sendiri. Saya tidaklah high skill seperti encik suami. Tetapi teknik balingan yang saya selesa adalah straight seawal balingan dan sedikit membelok di akhirnya yang membuatkan kadar gerak bola seakan sedikit suspen dan dramatik. Jika over-do, balingan saya akan terus tersasar ke longkang!saya perlu lebih mengukur balingan supaya berat ke kiri supaya bola balingan saya akan seimbang ke kanan, menghimpit pin dan strike!

(Masaalahnya hingga sekarang ialah drop ball saya yang masih tak certain, kene banyak berlatih lagi kata encik suami..huh..bile la nak berlatih, baling jelah..nothing to lose!)

Ini seolah menggambarkan bahawa secara asasnya saya adalah individu yang lurus pendiriannya, namun agak fleksi dalam menjalani perjalanan kehidupan (macam ayat program Imam muda sahaja).lebih menarik kerapkali pencapaian dan kesudahan urusan saya kebanyakkannya menarik dan kata sesetengah orang banyak tuah/luck!Alhamdulillah.namun saya perlu sedar bahawa penyesuaian dan kawalan perlu ada supaya saya akan stay in fokus dan tidak tersasar.

Wah rasanya ilmu Psychology of personality hikmat pensyarah UIA saya dulu sudah meresap!bagus juga, paling tidak, ia boleh memanfaatkan diri sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..