Aik!sebijik jer?




Rose tunggu jap

Akak nak bagi rasa pisang

Oooo..dah berbuah yer…ramah saya berbahasa

Terima kasih banyak kak,,sambil berbual agak panjang (update cerita sebab lama tak sembang)

Saya tunjukkan pada suami..

Apa tu ? (pisang berbungkus surat khabar)

Pisang..kata saya

Pisang???tanya suami

Saya buka balutan dan kami tersenyum sama-sama

Sebijik jek???!kata suami

Iyelah, sebijik! Kata saya

nasib baik PISANG TANDUK!..

kalau pisang lain, dapat pulak sebijik , mau rasanya saya nangis guling-guling.

Alhamdulillah, ,,

orang berbudi kita berbahasa

Orang memberi kita merasa..ye tak?

Teringat pemberian terdahulu..

Rose!kami baru balik Indon,

Nak bagi rasa kek lapis Indon..

Alhamdulillah…

Sepiring kek dihiris nipis (dalam 3-4 hirisan gitu..)

Teringat family abang ada balik bercuti dari Indon dan bagi kek separuh (sebab mahal katanya)

ada sahabat baru pulang indon juga ada bagi kek sebiji besar (betul ke penjodoh bilangan saya guna ni?), takde pulak masalah mahal ek?

kata suami, biarlah kuantitinya sikit, tapi kualitinya banyak!

Kualiti?

Kualiti ingatan dan ikhlasnya memberi..

Kata pun nak bagi rasa..

So sikitlah

Lainlah kalau bagi makan, nak banyak?beli sendirilah!gurau suami

Betul jugak, biarlah sikit, tapi ikhlas

Kalau berjuta pun tapi setakat nak riak dan menunjuk-nunjuk,

dosa saje yang dapat, tak baik kan???

so nak buat apa dengan pisang sebijik ni?

aha..mungkin dimaksudkan untuk dibuat gulai agaknya..

emmm brilliant!

kata pantun Melayu

pisang emas bawa belayar

masak sebiji di atas peti

hutang emas boleh dibayar

hutang budi dibawa mati

gambar adalah dengan izin ukhtie iza diperantauan:)

Comments

  1. Assalamualaikum,,, kak Rose.. erma setuju.. kekadang tu walau sebiji tapi terharu dgn ingatannyertu..kalau bg byk tu bonus lah.. ye tak? aperpun setuju ngan ustaz.. biar sikit tapi kualiti.. he he he..
    ** kak Rose t nak order biskut peanut tu.. t erma sms.. ader stok ker?

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam erma
    betul!yang penting!ikhlas memberi dan menerima, kata org, tgang yang memberi lebih baik dari yang menerima, ye tak?
    **biskut tu ada stok sepanjang masa, t sms yer..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..
    teringat pesan guru dalam bab bersedeqah, kata guru:

    kalau beli buah-buahan, jangan dimakan semuanya. makan sebahagian, dan disedekahkan sebahagian.. buah yang kita makan akan keluar menjadi najis.. buah yang orang lain makan, akan keluar dalam akaun kebaikan kita..

    ke guane?

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam....

    betul sgt ya ustaz, ambo sokong 150%.tapi kdg2 bila beli buah/contohnya, pulak tu sedap,,nape tak nak kongsi yer, jauh skali nak sdekah.bak kata org, yg baik simpan/bolot utk diri sendiri, bila rasa nak bagi org, bagi yg x elok.huh..mcm Qabil ye tak?

    Alhamdulillah, sy dpt jgk rasa sebijik pisang tanduk sedekah yang ikhlas..moga Allah senantiasa mendorong kit akearah perkara kebaikan, ye kan ustaz?amin!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..