Profesor Dato' Hj Mohd Adanan bin Isman tokoh Pendidik

Oleh: Rosfazila Binti Abd. Rahman, KUIS.

Beliau telah dianugerahkan sebagai tokoh guru JAIS bagi tahun 2010. Majlis Sambutan Hari Guru Jais peringkat negeri Selangor telah diadakan di Dewan Jubli Perak Bangunan S.U.K di Shah Alam. Acara diadakan bagi menghargai warga guru JAIS yang telah mendidik generasi sehingga dapat melahirkan modal insan yang unggul.

Dato’ HJ. Mohd Adanan bin Isman merupakan Rektor Kolej Universiti Islam Selangor dari tahun 2002 hingga 2010.Beliau berperanan besar dalam memacu falsafah, misi dan misi KUIS sebagai sebuah Universiti Pendidikan Tinggi Islam tersohor. Jasa bakti beliau tidak akan dapat terbalas.

Beliau amat berketerampilan dalam menjawat pelbagai jawatan termasuk:


1- Pegawai Tadbir Agama ,
2- Pengetua dan
3- Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS selama 12 tahun.

Anak kelahiran Selangor ini telah dilahirkan di Sekinchan Selangor pada tahun 1951.

Anugerah yang pernah diperolehinya ialah ;

1- Anugerah Bintang Kebesaran Setia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSA) Oleh DYMM Sultan Selangor yang membawa gelaran Dato' pada tahun 1996,
2- Anugerah Bintang Kebesaran Dato’ Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) Oleh DYMM Sultan Selangor (2003)
3- telah dianugerahkan Profesor dari Akademi Banking Republik Kazakhstan pada tahun 2009.

Beliau berpengalaman besar dalam pendidikan,. Di dalam setiap bait ucap beliau, pasti meletakkan ketertinggian terhadap budaya ilmu dan setiakawan. Buktinya, pada setiap amanat ahli akademia KUIS, beliau pasti kerapkali meletakkan akademia pada tahap puncak dan menaruh percaya penuh pada latar akademia yang tinggi lantas menganjurkan supaya akademia memaksimakan tahap guna keilmuan dan mendidik jiwa mengikut resmi padi;

Makin Berisi Makin Tunduk.

Personaliti beliau yang diperkata ramai adalah sangat peramah. kuat ke masjid dan low profile. Berdamping dengan beliau tidak meletakkan anda di mana-mana protokol melainkan anda rasa berdamping dekat dengan hati. Sungguh sifat keMelayuan dan KeIslaman beliau terpancar dari gaya tutur dan gaya tindak yang sungguh besederhana.


KUIS indah lagi menawan
akademik, sahsiah juga ilmuan
sungguh indah budimu tuan
pasti dikenang sepanjang zaman

Sesungguhnya Profesor Dato' Hj Mohd Adanan bin Isman adalah seorang Muaddib yang Adabi.


Ilham Cipta: Dato' Haji Mohd Adanan Isman

- Pemangkin Tradisi Ilmu -

Indahnya Pandangan Di Mata
Halaman Wadah Menabur Jasa
Membangun Wawasan Mulia
Di Bawah Payung Mahkota

Ayuhlah Sematkan Semangat
Pemangkin Tradisi Ilmu
Menggilap Permata Bangsa
Kemilau Seluruh Alam

Menyepadu Ilmu dan Amal
Berpaksikan Iman Yang Kental
Berbekalkan Jiwa Perkasa
Meniti Arus Perdana

Teknologi Ilmu Terkini
Kreatif Diri, Berinovasi
Menggapai Bintang Di Angkasa
Universiti Terus Berjaya

Lirik: Azrina Husin
Ciptaan: Mahzan Manan

Nota:
Saya berhasrat menghasilkan buku tentang ketokohan pendidikan Ybhg Profesor Dato' Hj Mohd Adanan bin Isman, mohon beri sokongan. Terima kasih.




Rujukan:

http://pendidikan.jais.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=587%3Atokoh-guru-2010&catid=162&Itemid=88〈=en

http://www.kuis.edu.my/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=140&Itemid=184

Comments

  1. Salam Akak.. kita tumpang bangga dapat Rektor yang berjiwa kepimpinan n kerakyatan.. selain rendah diri n mesra... Erma sokong usaha akak untuk penulisan.. kenapa kita kita tak hargai yang ader berhampiran n depan mata? sekurangnyer kita kenal n tau apa yang kita inginkan....

    ** kak erma x perasan n3 akak bercuti sekeluarga... bestnyer... erma suker...

    ReplyDelete
  2. salam
    ye erma , dengan circle kehidupan patah tumbuh hilang berganti akak sendiri belajar memahami, menghargai dan mengenali, moga Allah senantiasa membimbing mata hati kita untuk melihat kebaikan dan mengimarahkannya.amin!

    *sebenarnya bnyk post ttg jln2 (lebih dri post akademik) tp x sempat la nak citer n upload..nntlah akak amik masa cket, mesti erma ske..heeee

    ReplyDelete
  3. jasa dato di kuis dikenang hingga hari ini....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..