Human Paradox


Banyak isu-isu rutin dan semasa yang membelit membawa ingatan kepada tugasan zaman study dulu-dulu untuk subjek Man in Al-Quran & as-Sunnah. Pensyarah ketika itu ialah DMI (YB Dr. Masyitah Ibrahim) menginginkan a review on HUMAN PARADOX.

Selepas memperolehi A- untuk tugasan tersebut (dek pensyarah tolak markah kerana tak state nama group lantaran tak serah by hand dan serah bawah pintu pejabat), konsep HUMAN PARADOX seakan jelas diminda.

Human paradox dalam perspektif tugasan menerangkan bagaimana insan mencanggahi fitrah kurniaan. Dalam bahasa mudah, cakap tak serupa bikin. Sepatutnya dilakukan itu tapi dilakukan begini. Itulah manusia yang penuh paradox!

Paradox 1

Individu A mempunyai latar bidang (I). Dia cuba mengintegrasikan bidangnya dengan bidang (II) yang bukan pengkhususannnya, dia sungguh berbangga dan cukup optimis.
sungguh molek jika pengintegrasian itu membawa dapatan positif.

Isunya bila individu B pula yang mempunyai latar bidang (iii) dan turut cuba mengintegrasikan bidangnya dengan bidang (iv) juga berbanggga dan cukup optimis dikatakan tidak berhak berbuat demikian oleh individu A (kerana bidang (iv) bukanlah pengkhususan individu B!

Jadi apakah bezanya individu A dengan bidang (II) yang juga bukan pengkususannya??(diharapkan anda faham dengan sifir di atas;)

sungguh paradox bukan????

Kita seringkali membetulkan tindakan kita sendiri tetapi menidakkan tindakan orang lain, jauh sekali optimis membantu dan memulih keadaan. Bak kata pepatah:

mengaku dulang, paku serpih, mengata orang, kita yang lebih!

Paradox 2

Penulis artikel sebuah akhbar tempatan mendakwa kemenangan piala AFF merugikan negara daripada aspek majikan menanggung kerugian kerana diberi cuti sehari (sebelum tahun baru). Penulis juga beranggapan bahawa sudah memadai dengan hanya kegembiraan tanpa perlu bercuti.

Jelas sifir pertama:

menang piala AFF (1) + cuti = rugi


Penulis mempersoalkan pula mengapa bila menang Squash (dinamakan Dato Nicol Anne David) dan Badminton (dinamakan Dato Lee Chong Wei) tidak pula diberikan cuti? (nampak seperti ada sentimen)

Jadi isu sebenarnya ialah apa? Cuti? Rugi? Untung? Apa? Atau siapa?

Jelas di atas isu asal ialah menang piala AFF (1) + cuti (1) = rugi

Berdasarkan isu ini kita formulasikan rugi untung seperti berikut:

Menang Squash (1) + cuti (1) = untung?
Menang Squash (2) + cuti (2) = untung?
Menang Squash (3) + cuti (3) = untung?
Menang Squash (4) + cuti (4) = untung?

Badminton:
Menang badminton (1) + cuti (1) = untung?
Menang badminton (2) + cuti (2) = untung?
Menang badminton (3) + cuti (3) = untung?
Menang badminton (4) + cuti (4) = untung?


Paradox bukan?

Isunya jika diberi cuti ada kemungkinan berkaitan dengan kerugian yang ditanggung majikan, itu diakui,tetapi hujah perlu tepat dengan isu APA, maksudnya isu cuti bukan SIAPA (pasukan bola, Dato Lee Chong wei atau Nicol Anne David).

Jika hendak dibincangkan isu apa dan siapa biarlah bertempat dan matching dan TIDAK PARADOX!

Sama seperti sentimen dimainkan sekitar piala AFF oleh negara serumpun, Indonesia. Jika dicerita dengan semangat sukan , mengapa perlu dilibatkan sentiman yang bukan sukan? Paradox bukan?

Pendekatannya sama, isu di pihak Malaysia ialah APA!iaitu Piala AFF.

Manakala di pihak Indonesia pula ialah SIAPA!iaitu Malaysia (sebagai pasukan lawan).

Malaysia bercuti kerana meraikan kemenangan julung kali piala AFF, BUKAN meraikan kemenangan ke atas Indonesia!kerana isu asalnya ialah APA dan bukanya SIAPA!

Paradox APA dan SIAPA ini menghuraikan ketegangan di atas, justeru kita janganlah PARADOX dan PARANOID dalam menilai.

Moral

Dalam kehidupan harian kita tidak akan lepas daripada situasi di atas dan kita seakan dihanyutkan dengan sentimen yang emosi dan melampau. Sentimen atau general emotionalized attitude amatlah perlu sebagai insan yang murni fitrah, siapalah insan tanpa emosi tetapi jika emosional dan terlalu memberatkan sentimental sehingga membawa kepada isu paradox, alangkah amat mengeliru dan memudaratkan.

APA bukan SIAPA dan MURNIKAN sentimen!

rosfazila Abd Rahman

nota:
perbincangan di atas adalah berkaitan konsep human paradox yang dihurai berdasarkan situasi dan isu-isu semasa.sekian

Comments

  1. Salam.. betul tu kak...kekadang emosi mengawal fikiran... bukan mudah.. erma setuju.. dimana2 ader jek jumpa situasi tu.. tq.. ilmu tu..HUMAN PARADOX

    ReplyDelete
  2. salam erma, kadang-kadang kita tak perlukan terma-terma yang terlalu komplek utk i mendefinisikan tindak tanduk manusia kan?mohon dijauhkan diri kita dari sifat-sifat mazmumah dan dekatkan diri kita dgn sifat mahmudah, amin!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..