Demi CHENTA suci


Sungguh hati ini berbisik, memang sungguh, cinta bisa mengubah manusia. Bila berbicara soal cinta insani, pasti segala macam perasaan dan naluri menyelubungi.

Hati kecil berbisik tatkala hadir meraikan jemputan seorang kawan ke gathering makan-makan diadakan beliau untuk mengumpul kawan-kawan sambil mengambil kesempatan mengagihkan kad jemputan. Semamangnya berita manis ini sudah lama ditunggu, mana tidaknya, kami yang dan beranak dua tapi beliau masih single mingle, dulu katanya belum ketemu jodoh. Nah!bila dengar ada jemputan sebegini, sekonyong-konyong kami (saya dan sang suami) merodok-rodok jadual yang sempit supaya dapat juga hadir berkumpul dengan kawan-kawan.

Di dalam hati :

errm siapa agaknya pasangan beliau yer, adakah sebegitu, sebegini atau macaam mana? Aah tak ikhlas rupanya hati untuk pertemuan kali ini, hahahaha, yang penting, mari kita lihat, siapa yang kena!

Menjengah ke tempat dijanji. Rupanya ramai dah menanti!kami lewat!tak per, kata orang, siapa lewat, dialah VIP.hoorray!

Bersalaman, berciuman (wanita dan kanak-kanak sahaja), bergurau, gelak tawa macam biasa.tanpa langsung menyangka!

Apa!si dia membawa tunangannya?jeng, jeng, jeng, tengggggg!

Sungguh hati saya tidak menyangka, mereka hadir berdua! Sungguh UNsangkaRABLE!

Sahabat saya ni memang terkenal dengan siqahnya.

Saya mula melarik hujung mata ke arah beliau dan pasangan/tunangan..sahabat di hujung poin A, tunangannya pula di poin c, bila sesekali mereka melakukan eye contact, getarannya bisa dirasakan oleh saya di poin B.

Ini sudah dikira sebagai getaran CHENTA!

ermmm ada perubahan penampilan, bagusss

Lebih ranggi

Lebih berseri

Seri bakal raja sehari agaknya, getus hati kecil saya..okay!

Tetapi kepala saya ligat berpusing, tak tahu apa yang difikirkan!

Akhirnya, tanpa mahu berfikir lagi dan lagi, saya membuat keputusan!

BETUL!CHENTA mengubah segalanya.

Aduh,,,reflek diri okay!

Adakah cinta saya juga kepada sang suami dulu-dulu dilihat sebegini rupa oleh orang lain?

Adakah getaran CHENTA saya dulu mengubah diri saya dan pasangan hari ini?

Terasa diri bermuhasabah singkat tentang subjek berkaitan,,hehehh

Ikhlasnya, saya tak pasti!heheh

Minda saya tiba-tiba tercantas oleh surah Ar-Ruum ayat 21:

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia telahmenciptakan untukmu dari dirimu pasangan-pasanganmu supaya kamu merasa tenteram dan cenderung padanya. Dan Dia telah menciptakan antara kamu perasaan kasih sayang dan rahmat.sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir..

Sungguh hebat cinta anugerah ALLAH.

Berubah sungguh, ,,

terkeluar suara saya berbisik perlahan

Sang suami yang mendengar (mungkin faham dengan maksud perubahan yang saya maksudkan) menjawab:

memang!

Saya berpaling pantas!saya dipihak majoritikah?

Sang suami mula bercerita berlatar compare and contrast tentang sahabat kami itu, dan disepanjang jalan pulang, masih lagi bercerita dan bercerita dan akhirnya saya faham, sang suami mungkin cuba membenarkan apa yang saya bisikkan tadiiiiiiii….dengan niat masih ingin menafikan hakikat tentang sahabt kami telah berubah (dengan cara tersendiri)

positively: CHENTA MENGUBAH SEGALANYA!

Doa saya, moga CHENTA mereka, saya dan semua warga akan mendorong kepada kebaikan, dijauhkan kejahatan dan diredahi Tuhan!amin!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..