1001 pisang


Angka 1001 pastinya merujuk kepada jumlah yang banyak dan sering diberi makna tentang sesuatu yang pelbagai dan rencam, seperti 1001 jenis, 1001 macam, 1001 kegunaan ,1001 perangai dan ada juga 1001 malam!kenapa tidak 1002 dan nombor-nombor selain itu tidaklah diketahui.

1001 pisang membawa makna kegunaan pisang dan khasiatnya yang banyak dan pelbagai.


Pisang merupakan kurniaan alam semulajadi yang lengkap dengan vitamin penting, galian, gula yang menyihatkan dan karbohidrat untuk tenaga selain rasa yang enak.

Selain itu, pisang juga mengandungi vitamin C - bukan sahaja membantu sistem imunisasi malah menggalakkan kulit yang sihat dan menawan.



Buah dan kulit pisang sering digunakan untuk rawatan kecantikan terutamanya bagi menegang serta melembapkan kulit muka yang boleh menjadikan wajah lebih berseri.

Sebagai sumber buah-buahan yang mudah diperolehi di serata dunia serta harganya yang murah, pisang sewajarnya dimanfaatkan sepenuhnya bermula daripada kulit hinggalah kepada isinya.



Pisang mampu buat anda gembira

Protein dalam pisang yang dikenali sebagai triptofan ditukar kepada serotonin oleh badan manusia. Serotonin adalah sejenis bahan yang mampu menghasilkan perasaan tenang, membangkitkan mood dan secara keseluruhannya membuatkan kita gembira. Oleh itu jika anda berasa kecewa, cuba nikmati keenakan pisang, sambil merasakan perubahan perasaan daripada negatif kepada positif.

Meredakan ketidakselesaan perut

Kita sering mengalami masalah perut tidak selesa apabila bangun pagi akibat makan banyak sebelum tidur. Beberapa hirisan pisang atau pun minum pisang yang dikisar mampu meredakan dan 'menenangkan' perut sekali gus memulihkan rasa tidak selesa.

Apabila stres atau menghadapi tekanan, kadar metabolik kita akan meningkat. Pada masa yang sama menurunkan paras potassium dalam badan. Pisang mengandungi potassium yang tinggi yang mampu membantu mengembalikan kadar potassium dalam badan kepada paras normal. Degupan jantung dan aliran oksigen dalam badan juga boleh kembali normal.

Merangsang otak

Pisang membantu merangsang fungsi otak yang disebabkan oleh potassium yang terkandung di dalamnya. Hasil penyelidikan mendapati potassium membantu seseorang menjadi lebih peka dan berhati-hati. Cuba makan sebiji pisang sebelum menduduki peperiksaan atau menghadiri temuduga. Ia mungkin membantu.

Penampilan menawan

Sejak zaman nenek moyang kita, pisang telah digunakan sebagai bahan untuk topeng kecantikan wajah. Ini kerana kandungan anti penuaan yang dipercayai terdapat di dalam pisang. Cuba resipi ini untuk mendapatkan kulit menawan. Kisar pisang dengan madu dan beberapa titik oren. Sapukan pada muka, biarkan beberapa minit sebelum dibilas bersih. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.

wah!betapa hebat zat dan nikmat pisang ini, walau nampak biasa pada rutin hari-hari, rupanya khasiatnya banyak tidak terperi!pastinya kredit kehebatan nikmat pisang ini wajib diberikan kepada Pemberi nikmat (Allah). kita terkadang selalu memuji nikmat pisang/alam tetapi lupa memuji Penciptanya. Benarlah bahawa dikatakan Allah itu sangat dekat, tetapi terasa jauhh kerana kita yang sering menjauh. jika beringat, nikmat pisang yang luar biasa ini akan terasa meta biasa dengan mengingat Z at Allah, bukan begitu?

WaAllahu a'lam

regards: rose@kuis

http://www.sihatselalu.com.my/


Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..