Ein'gineer's Ein'gagement


Rombongan Langkawi



4 disember tarikh dijanji

Ke puncak kinrara kami mendaki

persalinan biru tampak berseri

Tujuh dulang meminang puteri


Dulang hantaran berbunga segar

meredah jam ke petaling street

merias sehingga malam mata berbundar

hantaran menjadi oh so sweet

Sireh pinang bersulam mawar

Sejambak kasih turut disemat

Buahan manisan jadi penawar

Cincin berlian buat pengikat


mangkuk tingkat, kek juga buahan

sireh pinang dari Langkawi

cincin dipagar tatahan berlian

Juga persalinan buat puteri


Stream, avanza juga ezora

Pacuan rombongan meminang puteri

Sepuluh pagi langkah dimula

Wajah ein tampak berseri


Setiba dijanji hantaran dibuka

Rombongan tiba disambut mesra

Hidangan dijamu pembuka selera

Sebelum majlis membuka bicara


Kek, kuih juga minuman

Tekak dibasah perut diisi

Rombongan melangkah dengan senyuman

Hati ein debar menanti


Tuan rumah membuka bicara

Aluan dipalu mesra menyapa

Minta dihulur pengikat tanda

pengikat hati teruna dara


Abang Reezal saudara tertua

Dalam meminang dialah kepala

Masih sempat bersenda loka

Majlis rasmi riang terasa


3 fasa majlis meminang

bersua, berkenal juga berbincang

hantaran diserah tujuh dulang

sepuluh ribu kata dipegang

majlis selamat doa dibaca

kekanda kedua menadah tangan

doa selamat dialah mula

tanda syukur juga kenangan


28 Mei 2011 tarikh Kinrara

2 Jun 2011 pula di Langkawi

Moga jodoh kekal sejahtera

Moga ukhwah kekal menanti


tiba bonda menyarung cincin

juga serahan hantaran pengantin

sungguh girang hatinya ein

hubunga kekal bakal terjalin


dara menunggu penuh debaran

diatas kayangan tempat beradu

rombongan memanjat penuh senyuman

hati berbunga riang di kalbu


tersenyum simpul dara jelita

sepersalinan pink bersulam biru

melirik manis tatkala disapa

cincin disarung, senyum tanda setuju

majlis meminang selesai sudah

tuan rumah menjemput makan

sungguh enak juga meriah

jamuan majlis takkan dilupakan


sikecil berlari dihujung laman

tanda girang nian dihati

tuan rumah lega majlis meraikan

tetamu gembira tidak terperi

masak lemak daging salai

sambal udang juga petai

kuih-muih juga buahan

buat langkah terpaksa ditahan


Sembilan dulang dara membalas

Serba biru juga menarik

Dulang diangkat penuh perasaan

Ke Bandar Enstek dibawa balik

Kepada Encik Miskan sekeluarga

Salam takzim dari Langkawi

Terima kasih sambutan mesra

Semoga silaturrahim kekal abadi


Kepada ein juga ninie

Semoga kekal sepanjang hayat

Pastikan meriah hidup ini

Aman bahagia dunia akhirat


Amin…..!


Roselangkawi@enstek

Rose (thanx to Emymakeover) & Ninee

Comments

  1. salam rose. lama tak menjenguk. wah hebat sungguh pantun yang dikarang sehingga saya skip je gambar yang disediakan ditatap. sekarang i've got the point! kekuatan energy sastera mengatasi gambar yang berwarna-warni!.

    salam :)

    ReplyDelete
  2. salam ustaz, long time no see:)
    saya baru nak melihat post baru ustaz yg lama dinanti!
    makasih banyak kerana memuji
    pastinya semua untuk ilahi
    energy sastera nyata mengatasi
    mengungkap semua isi hati:)
    heee saya dah lama tak berpantun, sejak zaman sek2 dulu2
    tapi memang la, sy cuma ambil masa lima minit untuk mengungkap keseluruhan majlis.
    pos lps2 ni kita berpantun jelah!:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..