Colmar Tropicale 5th eds



Melihat keriangan pada inisiatif bercuti beramai-ramai kali ini membawa ingatan kepada saat di mana mak dan abah pada kemuncak kerier. Adik-beradik lelaki yang sedang membesar dan abang sulung dan diri sendiri yang sedang mencorak masa depan. Tetiba terngiang suara bonda memanggil nama seawal 4 pagi!bukan Dato’ Siti saja yang merasai pengalaman menjual kuih muih, kami secara spesifiknya, saya juga mengalami pengalaman manis ini:

Ila….!
mangkit kaish (bangun lekas)
Dah pukoi brapa dah ni
(kesan bangun lambat akan menyebabkan kuih tak siap sebelum 6 pagi!)

Suara bonda di dapur kedengan di bilik anak dara sorang yang memang dekat dengan dapur.

Menggoreng donut, menyediakan kuih cara (biasanya bonda dah sediakan semua, Cuma bikin aja!), bakar pulut panggang dan macam-macam lagi. Di akhirnya samada menyusun nasik lemak sedap bonda ke dalam bakul atau merapikan kuih untuk dihantar ke kedai sudah menjadi rutin. Buatnya hari mengantuk sedunia, tersengguk-sengguk dibuatnya. Kalau bukan kerana sayangkan bonda, takkan kulakukan semua itu..huuuuu

Cerita abah, semasa anak dara yang sorang telah dihantar belajar ke oversea (kg saya kan pulau, jadi oversealah), khabarnya bonda masih lagi terpanggil-panggil lagi nama anak dara yang sorang tu sebab dah terbiasa lantas menangis sendiri dek kerinduan!

Adik-adik pula ketika itu masih kecil lagi, tak merasalah mereka menolong bonda beria-ia.

Terlalu pantas masa berlalu, Alhamdulillah semuanya berjaya dengan jalan masing-masing, dan kini, selain berkumpul semasa raya, kami berkumpul dan bercuti beramai-ramai di Colmar Tropicale, Berjaya Hills buat kali yang pertama!

Saya, suami dan anak-anak sudah kali yang ke lima bercuti di sini, family mahukan tempat yang ok, tak jauh sangat perjalanan dan makanan best!jadi kami cadangkan Colmar Tropicale sebagai destinasi juga sebagai persediaan bercuti ke Perancis, ceeewah!Amin!

Kami menginap di villa / apartment style dengan living hall, dapur dan dua bilik dengan balkoni. Sungguh cantik!makan ramai-ramai, celebrate bufday juga anniversary, main bowling, mandi-mandi di kolam renang, pegi gym, melawat Japanese Village juga rabbit park. Aktiviti yang pasti adalah bergambar sakan!

Above all, percutian keluarga ini mencapai objektif dan harap dapat mengeratkan lagi ukhwah kami adik-beradik. Salam sayang buat ayahanda bonda, suami dan anak-anak tersayang, abang rizal & kak yani, iefa, soya, dan auni, juga kepada alang fir, acik ein dan kami!

we welcome abord cik Ninee to our family (very soon).

Bagi yang ingin bercuti ke sini cuba layari…

http://www.berjayahotel.com/berjayahills/index.asp



Comments

  1. antara tempat yg saya berminat nak pergi ni...

    ReplyDelete
  2. yer fateen
    akk mmg recommend ssgt, pegila...

    ReplyDelete
  3. kat sane byk tak tmpat makan macam gerai2 ke?

    ReplyDelete
  4. tmpat mkn, ada.tp bnyk berasaskan gandum!Ala perancis gitu,heee ada spaghetti, pizza, roti n such..penah juga merasa dan mmg sedap tapi bg sy yg dah lama dok mesia ni, mmg bawa nasik la dari rumah utk dinner,siap bakar ikan lagi kat aprtment(walau dilarang memasak),tapi breakfast kt cni mmg best!banyak pilihan dan selesa serta mesra!

    ReplyDelete
  5. salam rose. seronok sakan ya dpt bercuti kat situ. nampak menarik sangat. kakchik pun teringin juga nak ke situ satu hari nanti. cuti2 malaysia dgn suami.

    ReplyDelete
  6. salam kakchik ku, makasih sudi bertandang, selain menjemput kakchik bertandang ke langkawi (kg saya), jika kakchik nak ke Colmar, sy amat recommend!cuti-cutilah dgn suami, mengerat kasih-sayang sekeluarga:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..