Disleksia kah Imanku?






Iman mencecah usia 4 tahun adalah puteri yang segar, ceria dan pintar. Berminat dan berkemahiran lisan yang amat baik. Namun Iman semacam agak lambat mengenal huruf, membaca dan menulis. Saya terkadang senang melebelkan iman sebagai tidak menumpukan perhatian, cuai dan malas. walau ada yang berkata "ala budak kecik, baru pun 4 tahun, memang macam tu, jangan dipaksa!". namun saya seakan dapat menghidu sesuatu yang tidak kena kerana Iman juga kadang-kadang:


Sukar memahami dan mengingati arahan


Lemah kemahiran motor kasar


Lemah kemahiran motor halus


Sering berangan-angan


Tidak teratur dan tersusun


Mengalami masalah dalam kerja sekolah


Pernah iman merajuk dan tidak mahu buat kerja sekolah, dia menangis dengan seribu macam alasan, tangan sakit, sakit perut, mengantuk dan sebagainya. Tapi bila sebut main!memang tidak ada masalah!


Pelbagai alat bantu mengajar disediakan abah untuk iman, tapi bila disuruh, iman seakan tiada minat.


Membaca artikel di akhbar pada 7 november 2010 membawa kepada penemuan Disleksia. Suami minta saya baca dan selepas itu saya tambah navigasi tentang disleksia. sama dengan penemuan tentang Thalasemia, sudah mengetahui seawal zaman study dulu-dulu, tapi bila pregnant anak pertama dan disahkan beta thalasemia trait baru selongkar mendlaam tentang thalasemia. secara umum saya sudah biasa dengan terma disleksia, autism dan sebagainya, tapi bacaan kali ini tentang disleksia lebih terkesan!


Tersenyum, tergelak dan geleng kepala bila membaca slaid di http://www.scribd.com/doc/3978437/Disleksia tentang disleksia kerana banyak menyamai ciri-ciri iman!


Tak sangka ia rupanya sebuah anugerah berbeza diberikan Allah pada kita!dan rupanya cara saya menangani masalah iman selama ini salah!harapan dan doa semoga semua ini belum terlambat kerana iman baru mencecah 4 tahun. Sama seperti masalah Ekzema surayya yang kami mulai tahu hanya selepas surayya mencecah satu tahun dengan keadaan ekzema hampir kronik.


Nampaknya saya perlu mendekati iman dengan keadaan yang lebih istimewa. Walaupun saya boleh kategorikan situasi iman masih belum kronik kerana hanya sebahagian ciri disleksia ,menyamai keadaan iman, lagipun, persamaan adalah tanda bukan bukti! Yang lebih penting, saya perlu cepat bertindak!


Perkataan disleksia diperkenalkan oleh Profesor Berlin pada tahun 1887, seorang pakar perubatan dan “ophthalmotologist”. Ia adalah gabungan dua perkataan Greek – ‘dys’ iaitu kesukaran dan 'lexia' adalah perkataan.



Kesukaran menggunakan perkataan atau disleksia ialah golongan yang sukar dalam mengenal huruf, membaca, menulis mengeja dan memahami teks bacaan. Ia merupakan ketidakupayaan pembelajaran (masalah pembelajaran) yang khusus (spesifik) dan teruk (sereve learning disability). (Pierangelo, 1996: 171)


Thomson (1990) mendefinisikan disleksia sebagai “masalah perkataan” yang tidak terhad kepada bacaan sahaja tetapi merangkumi masalah ejaan, menulis dan aspek bahasa yang lain.

Disleksia bukanlah masalah, ianya anugerah! dan sudah lumrah, every person should be treated differently because of different personality. ah!masih terlalu awal meletakkan iman di tahap disleksia, kanak-kanak lain seusia pun pasti ada personaliti dan kelakuan sebegitu.tapi tidak mengapa, lebih baik bak kata orang lama, better knew than never. Demi iman, saya akan lakukan yang terbaik kerana sesungguhnya anak yang lahir ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkan mereka samada menjadi seorang insan yang baik atau tidak.

Imanku..Moga anakanda menjadi penawar hati ayahanda bonda serta cemerlang dunia akhirat. Amin!

Comments

  1. kak, advance setahun nih artikel yg akak bace.. =p
    ekeke...

    ReplyDelete
  2. so critical of you dear, thanx!:P
    patut rase mcm pelik jer..heeee

    ReplyDelete
  3. ooo..tapi bdk2 disleksia kalau pandai cunkil potensinya dia boleh berjaya..Insya Allah..

    ReplyDelete
  4. salam hamizah, betul, saya dah bertindak dengan beri lebih perhatian pada iman, selepas 3 hari saya discover yang iman ada sedikit ciri-ciri disleksia tapi alhamdulillah boleh dikawal. syukur sebab tahu lebih awal.

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah kak Rore.. mula2 baca berdebar... cam x percaya ngan kepetahan Iman n rase dia pintar... bila tau.. sedih..kesian.. tapi bila akak yakin, semgt n tabah.. rasa sinar.. erma yakin Iman akan ok disamping mama n abah yg memahami n bijak...

    ReplyDelete
  6. salam erma,,
    jgn bimbang (cewah), diagnose mengatakan iman cuma ada overlapping criteria of dyslexia je, bukan disleksia pun.sb tu bila terbaca artikel, tertanya jgk disleksia ke iman ni.alhamdulillah, selepas diamati, iman tak ada masalah besar, cuma mamanya perlu lebih bg attention la lps ni, maklumlah ibu2 bekerja, belajar lagi pulak tu, makasih erma..

    ReplyDelete
  7. Biarla kita diagnose betul2 early sebelum dipanggil guru kelas yang mengatakan anak kita bermasaalah nanti especially bila dah masuk sekolah rendah. Teachers are never taught on how to identify dyslexic and mildly autistic children. Better to find out early..

    ReplyDelete
  8. salam rose,
    anak sulung akak, Ima juga namnya..tapi boy...juga alami masalah yg sama. tapi dia juga ada masalah dlm pertuturan masa dia kcil2 dulu.
    masa kat adelaide bila didiagnose, dia bukan golongan disleksia yg teruk...tidak perlu ke kelas khas cuma perlu diberi lebih perhatian...
    kat sana, murid sikit dlm satu2 kelas jadi takde masalah utk cikgu beri lebih perhatian pd dia, malah ada cikgu khas yg ajar dia utk membaca.
    bila balik ke sini...kami juga bawa jumpa doktor dan sama juga...tidak perlu sekolah khas tapi dia sekarangmasuk kelas permulihan utk bacaan melayu dia. Iman anak akak tu cepat lupa apa yg dia belajar,so, kena ulang2...dan amat sensitif...kalau nak ajar dia tak blh tinggi suara...nanti menagis atau mengajuk terus tak nak buat.
    risau dan kesian juga kat dia...terutama bila adik2 lebih pandai dr dia...dia nampak mcm rendah diri...
    bagus kalau ros bertindak awal utk anak pose tu...kita kena banyak bantu dia..moga Allah bg kita kesabaran dan kekuatan utk hadapi nya...

    ReplyDelete
  9. harap kak ketemu jalan untuk melaluinya.

    ReplyDelete
  10. salam
    dear ryann, k suzie & tini. thanx for ur comments n supports.
    ye betul, skang ni parents perlu lebih agresif dlm hal2 sekolah anak2, cikgu pun dah banyk komitment. selalu berdoa agar tidak alpa mendidik anak, maklumlah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..