Terima kasih Telaga Biru



Respon ringkas yang tersiar di Solusi isu 23 memang menjadi kenangan manis peribadi namun tambah manis bila menerima hadiah menarik dari pihak Telaga Biru sebagai tanda penghargaan. Menggunakan khidmat pos laju, hadiah penghargaan Telaga Biru dibungkus cantik dengan tertera nama dan alamat penerima lengkap pada bungkusan coklat berbungkus kemas.

Lebih terharu dan rasa dihargai bila hadiah dibuka, terdapat sebuah buku Zikir Doa & Selawat popular oleh Mohamad Abdullah Al-Amin dan Ahmad Hassan Mohd. Nazam, cakera padat Saujana & Nowseeheart Jalan sehala dan Saffone Sandaran cinta. Tidak cukup dengan itu, disisipkan lagi dengan sepucuk surat rasmi penghargaan menyatakan tanda terima kasih dan sokongan.

Diikutkan, sumbangan respon tidaklah seberapa berbanding hadiah penghargaan yang diterima. Terima kasih daun keladi buat Telaga Biru.

Jika berkelapangan, memang menjadi tabiat dan gatal tangan untuk mengirim respon kepada majalah-majalah bacaan.sehingga ada juga menyertai peraduan dianjurkan sebuah penerbitan antarabangsa dan world wide. Dibelanjakan lebih 2k namun sudahlah hadiah dijanjikan pun tidak kunjung tiba, sehelai surat pun belum tentu menjelma!sungguh tidak beretika sedangkan sudah bertahun melanggan majalah yang sama!

Telaga Biru telah membuktikan bahawa pembaca perlu diharga. Syabas Telaga Biru!

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..