Selagi ku ada kamu


Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tanpa mengenali penyanyi AF8 Adira, setakat tahu yang lagu ini dinyanyikan beliau dengan suara serak basah, yang pasti seakan meneliti bait-bait lirik dinyanyikan.

Kalau dilayan nyanyian dengan suara sebegitu, nanti membawa ke lagha pula. Walaubagimanapun secara tidak sedar, minda seakan meneliti bait-bait lirik, sungguh cantik, tidak dinyatakan siapa penulisnya, Cuma diberitahu penyanyinya. Anak-anak muda mungkin mengagumi sipenyanyi dan menghafal bait-bait lirik tadi tanpa mungkin memahami apa yang tersirat kerana yang lebih menarik pada mereka adalah melodi dan penyanyinya.

Boleh difahami bahawa lirik ini menceritakan curahan keterharuan dan terima kasih seseorang kepada seseorang yang lain yang dikatakan menjadi pendorong dan penguat semangat. Lebih molek, seorang teman suka duka. Sungguh bertuah jika memiliki personaliti teman pendorong sebegitu.

Daripada persepktif lagu dan penyanyi, mungkin ia ditujukan kepada sang kekasih yang setia dan penyayang.

Perspektif yang lebih luas, mungkin kepada teman rapat, sahabat, suami, isteri, anak anak dan ibu bapa atau sesiapa sahaja yang wajar. Hakikatnya insan sebagai entiti tunggal amat memerlukan sokongan orang lain dalam mengharungi kehidupan, paling tidak, sokongan moral dan pujukan jiwa nurani. Justeru, insan juga, seperti menerima dorongan dan sokongan, juga pada masa yang sama perlu memberi dorongan serta sokongan kepada orang sekitarnya. Barulah ada give and take dan win-win situation!

Memandangkan pada bait lirik di atas ada frasa yang terlampau/ atau mungkin elemen metaforik seperti Andai hari esok langit akan runtuh, Tabahlah menjunjung bersamaku menggambarkan tahap setiakawan yang tinggi namun keadaan itu agak terlampau digambarkan.

Justeru, lirik ini sungguh menyentuh jika ditujukan kepada insan-insan setia dan tersayang malah lebih kudus jan selayaknya dipanjatkan sebagai doa buat sang kekasih, DIA di sana. Kerana DIAlah teman, DIAlah sang pencinta dan DIAlah segalanya, susah senang di sini dan di sana DIAlah penentunya.


Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..