Sekilas Minda Prof. Dato’ Dr Aziuddin Ahmad


Oleh: Rosfazila Binti Abd. Rahman , KUIS.

Perawakan beliau sekilas air di kali, tenang namun tidak dapat diduga.
Tuturnya gambaran bertenaga juga praktikal.

Dilantik sebagai rektor KUIS pada April 2010 dan berkesempatan bertemu formal pada September 2010 dimanfaatkan dengan membuat sedikit catatan supaya dapat digarap minda prof.

Pengajian Universiti Islam perlu menggambarkan kemurnian Islam serta mencerminkkan insan adabi.

Itulah catatan baris pertama dibuat pada nota seawal pembentangan bermula. Jelas menunjukkan komitmen terhadap mengangkat ketertiban budi dan disiplin. Ditegaskan lagi oleh Ybhg. Prof bahawa tujuan Universiti Islam ialah:

1- Menghayati Islam sebenar kerana Islam bukanlah slogan.
2- Pelajar adalah learner dan bukanlah customer.
3- KUIS bukanlah kilang mengeluarkan graduan.
4- KUIS mengutamakan ketertiban budi dan bukan robot.
5- Pelajar adalah insan adabi.

Ybhg. Prof menghuraikan bagaimana proses kehilangan keinsanan sebenar terjadi melalui proses digradasi:

Insan (being)

(fictive secular being)

(natural person)

(worker)

(artificial person)

Jelas kelihatan proses pengurangan ketulenan kendiri daripada insan kepada entiti yang tiruan. Ini kerana kita mengasingkan antara Sacred & profane dan Secular & spiritual.

Insan tulen seharusnya spiritual, sacred dan connected=undivided wholeness.

Kekuatan ROH perlu hadir daripada perception, intellection dan contemplation.

Ybhg. Prof menekankan kuadran pembuat keputusan melibatkan analytical, directional, behavioral dan inspirational.

Inspirational melibatkan intuition, illumination dan instinct!

Menarik tentang idea language of a human=adab, akhlaq, hati, hatibudi,budi, bahasa, budiman dan akal budi.

Sasaran kejayaan bermula dengan formulasi KNOW-DO-BE ditekankan dengan NIAT.

Ybhg. Prof menekankan bahawa punca kepada banyak permasalahan ialah “Religion remains as private beliefs’ di mana kita meletakkan keimanan beragama hanya kepada perkara-perkara yang dianggap keagamaan dan tidak kepada seluruh ruang kehidupan yang sebenarnya lebih luas.

Kita juga meletakkan Private space dan Moral authority juga terhad kepada sesetangah ruang dan aplikasi. Kita berlaku baik pada keadaan seperti di masjid contohnya tetapi tidak di jalanraya bilamana ada yang memandu cuai dan pembuli. Baik buruk kita hanya di tikar sejadah yang terhad ruang cakupannya dan nilai baik kita tidak disebarluas dan diaplikasikan pada seluruh ruang kehidupan.

Aqidah, akhlaq, adab adalah berantai serta perlu diimplimentasi dan diinternalisasi seluruhnya dan tidak secara terasing dan terpisah, tegas beliau.

Ruang umum, keteratasan pentadbir/pemerintah/pemimpin,peraturan, undang-undang adalah legasi kebaikan yang seimbang. Fokus utama ialah keseimbangan, tanpa keseimbangan akan hilang haluan.

Ybhg. Prof mengintegrasikan latar saintifik beliau dengan nilai keagamaan. Integrasi ilmu diakui adalah ruang yang cukup payah diaplikasi namun Ybhg. Prof cuba membuktikan bahawa pengintegrasian adalah possible / wajar dan lebih membuka ruang ilmu serta amal.

Nota:
artikel ringkas ini adalah garapan daripada pemahaman peribadi penulis terhadap pembentangan akademik Ybhg. Prof. semoga dapat manfaat.amin.


saya akan cuba membuat analisa terhadap kandungan pembentangan ini secara kontektual & praktikal sedikit masa lagi, InsyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..