Gadis sunti berbaju merah



Percayakah pada mistik dan paranormal? Kata orang, dalam bahasa mudah, mistik itu ialah misteri dan pelik.

Setelah setahun berlalu, bonda berhajat membuat kenduri arwah dan tahlil buat Allahyarham ayahanda. Rancangan singkat dibuat tentang menu kenduri, jemputan yang antaranya ialah jemaah masjid Al-Huda, jiran tetangga dan sanak saudara terdekat sahaja.

Selepas Isyak kenduri dirancang namun disebabkan jadual jemaah yang pact malam tersebut membawa kenduri terpaksa dibawa ke selepas Asar.

Nasi ditanak, gulai dan rendang daging, ayam goreng, pecal dan pencuci mulut sedia dihidang secara gotong-royong anak beranak. Selesai Asar, jemaah memenuhi ruang tamu. Yaasin dan tahlil berlalu, Al-Faatihah buat Allahyarham Ayahanda tercinta, Hj. Zaini B. Dawi.

Selepas jemaah bersurai, jiran tetangga dan sanak saudara yang berkesempatan hadir pula bertandang. Sekumpulan demi sekumpulan bersurai. Terpandang kelibat seorang gadis sunti diluar rumah, berbaju kurung dan bertudung merah, manis dan sopan.

Adik kenapa tak masuk makan kenduri di dalam?

Tanya adik ipar pada gadis sunti

Saya tunggu kawan saya makcik. Dia janji jumpa saya di sini.

Siapa kawan adik tu?

Dia bertudung biru.


Terlintas diminda kelibat gadis dimaksudkan, menjamah kenduri di atas sofa rumah

…tapi dia dah lama balik….

Dia mungkin dah balik, apa kata adik masuk je makan, mungkin nanti dia datang balik

Sigadis belum menerima pelawaan dan masih menunggu di luar rumah dan seakan tercari-cari sesuatu.

Hampir semua ahli keluarga telah menjemput gadis itu masuk menjamah kenduri namun ajakan saya sahaja yang akhirnya berhasil.

Kenapa tak masuk?

Saya malulah makcik katanya dengan penuh sopan santun berbudi bahasa

Apa yang nak dimalukan, ini kan kenduri, masuklah…


Saya ajak anak buah sebayanya menemani dan akhirnya dia sudi

Bila di dalam rumah, si gadis terus ke bilik air dan dapur seperti sudah biasa dengan susunatur.

Seluruh keluarga termanggu-manggu kerana tiada tetamu yang berkelakuan sedemikian.

Si gadis juga seakan ingin meneroka ke tingkat atas rumah namun didorongkan adik ipar ke ruangtamu semula dengan baik.

Ish, tengok-tengok skit budak ni kak, panjang tangan pulak nanti, kata adik ipar

masih bersangka baik dan tanpa berkata apa-apa, terlihat sigadis sopan menjamah makanan

Sebelum minta izin bersurai, sigadis memaklumkan lagi bahawa kawannya sukakan muffin coklat. Dia minta izin untuk membawa balik muffin dan memaklumkan hendak ke surau memandangkan maghrib dah dekat.

Seakan sangsi si adik ipar mengikut jejak ke surau dimaksudkan namun sigadis sunti berbaju merah tiada!!!

Selepas abang pulang dari surau, ditanya tentang kelibat gadis misteri dan seluruh keluarga berkumpul menanyakan perihal sigadis tetamu misteri.

Bonda:tak pernah nampak budak tu, anak siapa ya

Tandatanya tidak terjawab dan semuanya terdiam dengan tanggapan masing-masing.

Namun sayalah yang Berjaya meyakinkan sigadis masuk kerumah dan menjamah kenduri.

Bukankah tetamu itu membawa rahmat dan mengundang hidayah????

Jika gadis itu adalah sesuatu, WaAllahu A'lam.

Comments

  1. pelik dan seram lak...wallahualam...

    ReplyDelete
  2. pelik, tapi dia dtg jamah kenduri dengan cara baik, cuma sedikit misteri....:)

    ReplyDelete
  3. meremang pula bulu roma bila baca nie..

    ReplyDelete
  4. ye ker, maaflah, tak berniat nak takut2kan,cuma cerita sekadarnya, nanti kita cerita ala lebih dramatik lagi, mesti best,apa pun, semua kita ni adalah Makhluk Tuhan kan,,,wujud dan hidup di alam maya sementara ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..