bakarlah!

Terma bakar adalah relatif mengikut kontek. sebagai kata nama, Bakar berkemungkinan adalah nama individu yang indah seperti seorang khulafak terulung, Abu Bakr as siddiq manakala bakar sebagai kata kerja membayangkan nyalaan api dengan pelbagai tujuan; memanas, memasak,memanggang dan sebagainya. Walaupun bakar sebenarnya sinonim dengan banyak konotasi positif, bakar juga kerapkali menimbulkan aksi antagonis dan negatif. terkini bila disebut tentang bakar, terus minda terdorong kepada bunuh dan bakar!sungguh tragis dan maaf jika menyentuh sensitiviti sesetengah pihak.




bakar yang disalahgunakan:

1-merokok

membakar api rokok memulakan proses pembakaran nilai diri dan hormat diri serta orang lain. perokok mempunyai seribu macam alasan untuk merokok walau diketahui mudarat lebih banyak dari manfaat. namun, tolonglah perokok!letakkanlah rasa hormat pada sekitar anda, perokok pasif lebih teraniayai daripada anda yang aktif merokok. bakarlah rasa ego anda!

2- bakar rumah (kaki bakar)

juga dibuat dengan niat yang sering menjadi bahan kajian pakar. tidak molek dibudayakan. menyebabkan risiko kehilangan jiwa dan harta benda

3- bakar bendera

kerapkali dibuat bagi menzahirkan rasa ketidakpuasan hati, biasanya menyentuh isu nasionalisme dan tidak wajar dilakukan kerana ia meninggalkan trauma psikologikal pada umum dan menimbulkan bahaya senyap dan tindakan langsang yang tidak diduga.

4- bakar hutan

pembakaran hutan secara sengaja atau tidak membawa kesan rumah hijau. pembakaran jerami di utara Malaysia sedikit masa lalu menimbulkan masalah jarak pandang pemandu danmengakibatkan kemalangan.

5-bakar mercun

seronok melihat percikan bunga api dan mercun pada musim perayaan?cuba bayangkan kehibaan bila melibatkan kecederaan, kehilangan harta benda dan nyawa!tambahan individu yang tidak berdosa.

6-bunuh dan bakar!

sungguh tidak berperikemanusiaan. taktik kriminal menjadi semakin tragis, menimbulkan ketakutan dan ikutan? kesan media pasti tidak dapat disangkal.

paling utama, bakarlah Nafsu Ammarah dan nafsu Mazmummah dalam kehidupan.

Sesiapa yang cinta kerana Allah dan benci kerana Allah, memberi kerana Allah dan tidak memberi kerana Allah, maka sempurnalah imannya (Riwayat Abu Daud)

Doa Rasulullah:

Ya Allah, tanamkanlah kecintaan (dalam diri kami) kepada keimanan dan hiasialah hati kami dengan keimanan. jadikanlah hati kami benci kepada kekufuran, kefasikan dan maksiat (Riwayat Ahmad)

Comments

  1. salam. kebetulan cakap pasal bakar ni, ada sorang tu namanya abu bakar. kawan2 panggil dia burn. sebab burn maksudnya bakar. ehehe..

    w'pun mungkin betul dari makna perkataan english-malayu, tapi dari intipati panggilan sudah lari dari makna dan maksudnya yang asal..

    asalnya meneladani nama Sahabat Rasulullah teragung.. namun bertukar kepada bakar yang bersifat positif atau negatif tu..

    yang peliknya, tuan punya diri redha pulak tu dengan panggilan kawan2nya.. mungkin rasa sofistikated kot..

    ke guane?

    ReplyDelete
  2. salam ustaz..
    menarik juga isu nama ni..
    keadaan tu biasa kan ustaz pada akhir zaman ni, bnyk nak sofistikated jangka pendek dan sementara je..jauh sekali nak meneladani

    kalau nak sebut mmg tak tersebut kisah nama indah yg ditukar jadi sesuatu yg jauh menyimpang.

    moralnya, semuanya perlu ilmu dan saling ingat mengingati dalam hal ni, sedih skali jika ibu bapa sendiri yg menamakan/memanggil anak dgn nama/panggilan yg bukan2....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..