ketupat fitrah

ilustrasi dari pasarkresi.com

Meninggalkan bandar dan bergerak ke desa merupakan manifestasi tahunan warga Melayu Muslim setibanya Aidilfitri. Budaya ini relevan mungkin pada majoriti daripada kita memandangkan semuanya berasal dari kampung, berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki. musim perayaan memperlihatkan satu budaya belut pulang ke lubuk. Hatta individu yang sungguh moden yang kadang-kadang lupa asal dari kampung dan menidakkan kekampungan dek emej koperat bandar yang moden, bila tiba hari raya pasti nostalgik dengan suasana raya di desa!hati pasti terbayang betapa nostalgianya beraya di desa.

Kejiranan yang dekat lagi mesra,suasana desa yang unik lagi menenangkan dan nilai fitrah kedesaan yang masih survive masih wujud di kampung!

Apa itu nilai fitrah?pada saya ia adalah nilai murni yang hadir dalam diri setiap kita sejak hadir di dunia. Ia juga bersifat sejagat dan universal.

Sebagai contoh,wang kertas RM1 sah diperakukan dengan nilai satu Ringgit Malaysia. Pemberi RM1 akan kehilangan nilai satu ringgit manakala penerima RM1 akan menambah nilai satu ringgit!

Apakah pula nilai bagi sebuah ucapan Terima Kasih?kedua-dua si pemberi dan si penerima Terima Kasih tidak akan kehilangan apa-apa malah keduanya menerima nilai sebuah ucapan yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit bukan?

Nah!itulah dia nilai fitrah!secara alaminya jiwa kita akan tertarik untuk melakukan malah menerima kebaikan, walau hanya dengan sebuah ucapan terima kasih.

Manifestasi pulang ke desa yang merupakan fitrah kita harus dimanfaatkan. Kembalikanlah diri kita kepada fitrah!hari raya fitrah adalah hari mengenal diri sendiri, keabdian kepada pencipta, diri sendiri, keluarga, insan-insan lain dan seluruhnya. gandakanlah nilai kebaikan sebanyak mungkin!

Kehidupan di Bandar sedikit sebanyak telah mengikis fitrah. Kembali kekampung seolah restore & reboot pengikisan tersebut bagi tempoh setahun ini. Jika fitrah kita untuk beraya ada di kampung, fikir-fikirkanlah ketupat fitrah raya. Ketupat palas/kelapa adalah fitrah/asal diisi dengan pulut/beras juga fitrah. Ketupat jenis apakah kita?dan apakah isinya???

Comments

  1. salam rose.. jangan-jangan kita ni ketupat yang apabila dibuka daun palasnya.."ceh! keras je isinya..ketupat semalam ke.. tak de lemak langsung!" adakah kita ini ketupat cemuhan? :(

    ReplyDelete
  2. salam ustaz, tak dinafikan,mmg bnyk ketupat mcm ust ckp tu skang.hrp2 pd hari baik bulan baik ni, ketupat mcmana pun yang dimakan kita sama-samalah fikir dan renung!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..